DaisypathAnniversary Years Ticker



Monday, December 15, 2008
Dapat dari blog kaktiny...

Macam dah takde keje cik reen nih…! Sempat lagi dok mengular ke blog kengkawan yang lain… dan ni laaa dia hasil dari keje-keje mengular yang telah dilakukan oleh cik reen… hmmm…

Thoughtful and loving. Authority figures probably have been sheltering you all of your life. Thankfully you're a very tranquil person who is content with what life has given you, but secretly you want to know how the outside world works.

hehehe... ni hasilnya..?? betui kaaa...? macam tak pung... tapi tang gambaq tidoq tu... rasa macam betuii... sebab memang sepadan laaa ngan hobi aku... hehehe.... 

kan dah cakap...! sama kan..?? kan..?? hobi yang paling hangat dan terlaris di pasaran... hehehe...

Udah... Cik Reen… Ingat nih…!

"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian." (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

 

OK… times-up...! pi sambung keje… jangan main-main…!!!

 


Posted at 10:52 pm by sweetie-honey
Make a comment  

Sunday, December 14, 2008
“~Melankolic Mode~”

Fariha datang dari Sunderland semalam… salah seorang dari kawan Iffa… akhirnya menjadi kawan aku… baru menjejakkan kakinya ke rumah ini… aku sudah dapat merasakan aura kesesuaianku dengannya… sudahnya… hanya 2 minit sahaja dia dibilik Iffa… Fariha mengikutku ke bilik… bersantai dan berbual bersama… bercerita itu dan ini… alahaiiii… jarangnya aku dapat mencari 'kesesuaian kimia' dengan orang yang aku baru kenali… jarang sekali… sungguh…!!! Dengan housemate yang sekarang ini pun… hampir 6 bulan barulah aku merasakan 'kehangatan' bersama… rasa warm gitu… hehehe…

 

Dengan Fariha… macam dah kenal lama… macam dah pernah berjumpa… macam-macam yang kami bualkan… dia mengambil degree dalam Manufacturing Engineering… mendengarkan ceritanya… aku salute… tabah betul adikku yang seorang ini…! Setelah berbual panjang… aku mengajak dia membantuku membuat Oreo Cheese Cake… senang sekali dia menerima pelawaanku… kami berdua bersama Tien duduk dan bertapa di dapur… dari jam 7 malam hinggalah ke jam 11 malam…

 

Tak habis lagi bercerita… kami sambung berbual dibilikku… berbual sambil melayan cerita hantu yang suam-suam kuku seramnya… hingga ke jam 3 pagi… hahaha… tak penah dibuat dek aku selama ni… baru jumpa dah bercerita macam 10 tahun tak jumpa…! Amazing race sungguh…!    

 

Fariha tidur dibilikku… pagi ini… jam 8.30 pagi… kami bersiap ke Westgate Sport Centreas usual… seperti minggu-minggu yang sebelumnya… kami ke sana untuk bermain badminton… kali ni kak Bitah tak ikut serta… sebab dia perlu ke town… untuk membeli sedikit barang untuk kegunaan maknya yang akan datang minggu depan…

 

Next week… kak Bitah, Alin, Athirah dan beberapa rakan kak Bitah dari Malaysia akan ke Spain menghabiskan cuti krismas di sana… Aku…??? Hehehe… aku pun punya rancangan untuk cuti yang panjang ini… plan untuk bercuti ke Turki selama seminggu… bersama 12 orang rakan yang lain… kami akan ke sana pada 21hb-26hb Disember ini… Insya Allah…

 

Lawatan ke Turkiye untuk menziarah Blue Mosque di Istanbul… terusan BosphorusHaiga Sophia… Grand Bazaar… Topkapi, Bursa dan jika berkesempatan… kami ingin ke Ankara… harap semuanya berjalan lancar… banyak benda yang perlu dilunaskan sebelum bercuti ini… terutamanya research aku… kerja-kerja research aku perlu di senaraikan… agar bila dah balik bercuti… aku lebih fokus untuk meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan… perlu juga buat revision untuk final exam yang bakal menjelma sejurus selepas bercuti panjang ini…

 

Hmmm… Things to do…

 

  1. perlu tukar duit pounds pada duit lira…
  2. pergi town… cari stoking yang sedap… hehehe… yang selesa…
  3. pi Boots/Super Drugs… cari traveller's relief… (pil mabuk/ibuprofen/paracetamol)
  4. kalau ada budget lebih… nak beli coat baru…(tak sedar diri coat yang ada dah banyak giller… eeee… Reen nih…!!!)
  5. jangan lupa cari passport dalam laci…
  6. print EasyJet.com flight itinerary…
  7. bawak buku bacaan santai
  8. transfer gambar yang ada... dari kamera ke laptop
  9. berdoa agar percutian ini berjalan lancar… Insya Allah…

 

Hmmm… tiba-tiba teringatkan dia… alahaaiiii… cem mana ingatan ni buleh divert pada dia nih…!!! Haaaa… maybe jugak sebab semalam Fariha dok pasang lagu yang mempunyai sentimental value dengan dia… start dari itu… aku teringatkan dia… hingga laaa sekarang… Ya ALLAH… jauhkanlah ingatan ini dari kotak mindaku… Ampunkan segala dosa-dosaku… Aku pasrah dengan ketentuanmu, Ya ALLAH…

 

 

 

 


Posted at 08:23 pm by sweetie-honey
Comments (9)  

Saturday, December 06, 2008
Day 6 as 2nd year PhD student…

Apakah perasaan anda?

 

Alhamdulillah… terasa semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini. Harapnya semangat dan ‘daya gerak’ ini setiasa berkekalan hingga selesai tugasku disini… Insya Allah. Dan sentiasa berdoa agar ALLAH SWT sentiasa mengurniakan kepadaku daripadaNYA seorang pembantu untukku… Amin…

 

Apakah ucapan anda? ;-)

 

Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga dipermudahkan perjalanan pengajianku disini… semoga segala ilmu dan pengalaman yang dialami mendapat barakah dan sentiasa berada dalam lindungan RahmatNYA… Terima kasih juga buat ibu dan abah di atas doa yang tidak putus-putus untuk anaknya yang seorang ini… Along sayang kalian berdua…!!! Terima kasih juga buat rakan taulan yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kejayaan temannya yang seorang ini… I do appreciate all the Du’a from u guys…!

 

Kenapa pilih 6hb…? Nape tak pilih 7hb ke… 8hb ke…???

 

Heheh… sebab saya suka angka 6… maybe jugak saya lahir pada 6hb… hmm… pendek kata kalau diminta pilih satu angka dari 1-9, saya akan pilih nombor 6… tu jerr… sekian… (macam poyo jerr kan..???)

 

*****************************************************************************************************************

 

Hmm… rasa macam dah lama tak berblog… banyak jerr nak bercerita kat sini… tapi masa jerr yang menjadi faktor utama untuk berblog… hehe… nampak sangat aku dapat manage masa dengan baik… hahaha…

 

Hmm… kekadang tu dah nak tulis something untuk blogku ini… tapi… gerak hati ini sentiasa berkata…

 

“lebih baik aku buat assignment dulu… lepas tu baru tulis blog…” atau…

“lebih baik aku vacuum bilik dulu… then, tulis blog…” atau…

“lebih baik aku baca dulu artikel ni… dah boring nanti baru tulis blog…”

 

Hmmm… pendek kata… apa saja yang aku nampak… aku rasa… aku fikir dan aku nilaikan… terdetik untuk aku lakarkan dalam blogku ini… tapi… semuanya berlalu macam tu jerr… maybe jugak sekarang ni waktu tidurku dah agak kucar-kacir… heheh… disebabkan banyak jer homework/assignment/artikel dan segala mak-nenek yang lain yang perlu aku lunaskan terlebih dahulu…

 

Hampir 3 minggu sudah aku tidur selepas solat isyak… lebih kurang jam 6.00 petang… mataku dah layu giller… then, apalagi… tutup lampu dan zzZZZzzzz… sedar-sedar dah pukul 9.30 atau 10.00 malam… then, dari jam 10.30 malam hingga laa ke jam 4.00 pagi aku men‘study’kan diri… hmm… waktu-waktu begini memang seronok nak study… sunyi… sepi… tenang jerr… lepas tu… sambung tidur balik hingga jam 7.00 pagi… bangun subuh dan terus memulakan hari macam biasa… mula-mula tu tak berapa betah… dah lama-lama rasa seronok pulak… sebab aku dapat faham apa yang aku baca… aku dapat buat keje aku dengan tenang… aku sangat gembira bila kerja yang perlu aku lunaskan berjalan lancar… Alhamdulillah…

 

Pasti ada yang akan menjadikan tulisan dalam blog aku ni sebagai perbincangan umum… memperkatakan prinsip yang aku buat ini salah… tapi aku tak kisah…!!! ini adalah hidup aku… ini adalah blog aku… suka hati aku laaa nak buat apa…!!! Yang penting aku gembira dan tenang… dan yang penting… aku masih berada dalam norma hidup yang baik… (macam emo laa pulak…!!! hehe…)

 

Hmmm… cerita hal lain pulak… Dave (budak sebelah bilik aku) invite aku pi Christmas Meal… depa buat kat Quayside… macam best jerr sebab semua staff dan postgraduate student join bersama… depa serve jugak vegetarian… hmmm… bunyi macam menarik…! Aku dah tengok tentative programme… lepas dinner tu… depa ajak pi pub pulak… hmm… tang ni yang tak berapa nak menarik… hmm… buleh jerr nak join sama pi pub… bukan buat apa pun… duduk jerr laaa… berbual… bersembang… tapi… kalau buleh elak… baik elakkan… hmm… betul tak…???

 

Sarah dan Peter bersungguh-sungguh mengajak aku pi bersama… Javier…??? Hmmm… Dia dah sampai Spain waktu Christmas Meal tu… Malcolm pun pi jugak… Nessie dan Kevin pun pi jugak… hmm… Entisar tak pi sebab dia ada invitation lain… Prof. Boys pun pi jugak… hmmm… dia memang cam wajib jerr pi… sebab dia suka minum… hmm… tetiba teringat plak ‘soalan maut’ budak kelas aku tanya kat dia last semester

 

“Richard… I’ve saw u drunk last nite…”

 

Dengan selambanya dia menjawab… “Well… I love drink… and I love to drunk…”

 

Mak aaaiii… sempoi betul jawapan dia… heheh… nasib Malcolm tak macam tu… dia kira ‘alim’ jugak laaa pada pandangan mata kasar aku nih… tak minum… tak merokok… tak mabuk-mabuk… dan dia banyak tahu mengenai Islam… hmmm… macam berhemah jerr laaa SV aku yang sorang nih… heheh… My second SV… Andy pulak 2x5 dengan Prof. Boys… tapi tak kisah laa kan… asal depa happy…

 

Hmm… last week… si Peter tanya dengan aku… innocent jerr muka dia… heheh…

 

“Reen… would you like to be my girlfriend…???”

 

Haaaa…???? Soalan apakah itu…??? Confused.dot.com aku dibuatnya… tetiba Sarah menyampuk…

 

“Reen… you can take him… he’s not my boyfriend anymore… Well… I dumped him… Gay boy… hahaha…”

 

Iskk… tak paham aku laki-bini nih…! Dan-dan tu Javier menyampuk…

 

“She’s my girlfriend… I know which guy best for her…”

 

Eeee… lantak korang laaa… malas aku nak melayan… Then, bila nak pi kelas petang tu…

 

Let’s go ‘my boyfriend’… We have a class now…” Soalan tu aku tujukan pada Javier…

 

Dan-dan tu si Javier dan Pete bangun… hahahah… lawak betul laaa depa nih…!!! Macam-macam... Anyway… aku dah rasa seronok sebab dah ada warm-environment dalam bilikku ini… dah boleh bergurau senda… tapi gurauan yang berhemah laaa… heheh…

 

Ok… cerita lain pulak… last 2 weeks… Aku dan submit artikel untuk di‘publish’ dalam PG Magazine pada Nasr… settle keje aku yang satu nih…!

 

Then, last 2 weeks jugak… aku berkenalan dengan Sultan Al-Amri… budak bilik sebelah… diperkenalkan oleh Deya… hmmm… dia minta tolong aku untuk tengokkan website UKM… kawan dia nak sambung PhD di Mesia… dan bertanyakan bermacam-macam soalan berkenaan UKM… nasib aku pernah study kat sana dulu… At least aku kenal semua pensyarah yang ada kat Department tu… SV mana yang sesuai untuk certain subject area… walaupun dah tertulis dalam webpage tu… tapi si Sultan ni nak jugak aku terangkan pada dia… kononnya kata-kataku ini lebih meyakinkan dia laaaa… heheh… macam-macam… dan sejak dari hari itu… kami semakin baik… dan semalam… dia datang ke bilikku…

 

“Reen… I’m going back to Medina tonight… and… Insha ALLAH… I’ll perform Hajj next week… and… I will be back here on Jan 3rd… Insha ALLAH”

 

“Alhamdulillah… have a safe journey… may ALLAH bless you…” Aku membalas…

 

“Insha ALLAH… Thank you… I will pray for you… for your success… for your happiness…” dia berkata…

 

“Masha ALLAH… Thanks a lot, my friend…” gembiranya rasa hati bila dia ikhlas mendoakan aku…

 

Waaaah… bestnya dapat buat Haji muda-muda nih… bila aku tanyakan dah berapa kali dia buat Haji… dia kata dah 8 kali buat Haji… ini adalah tahun ke-9… Alhamdulillah… bestnyaa jadi macam dia… dan kami bercerita tentang Umrah dan Haji… bermula dari Miqat… hingga laaa ke Tawaf Wida’… hmmm… Miqat pun 10km jer dari rumahnya… dari ceritanya… macam mudah jerr nak perform Haji...

 

Hmmm… cerita lain pulak… this week… snow datang lagi… a proper white snow… boleh dikatakan setiap hari pulak tu… jam 3-4pagi… snow turun macam hujan turun… tebal dari tahun lepas… memutih jalanraya… atap-atap rumah… or even… cermin kereta… jalan pun licin… dari nak buat cat-walk… dah jadi dog-walk… nasib baik tak tergolek dog…!!! Heheh… pagi-pagi aku nampak depa tabur garam atas pedestrian… hmmm… di jalanraya… aku nampak banyak ‘salji bergerak’… heheh… iaitu salji yang mengeras di pintu dan cermin kereta… hahaha… kekadang separuh daripada cermin depan kereta pun penuh salji… depa tak buleh nak wipe… sebab wiper dah stranded dengan kebekuan salji… hmmm… macam-macam…

 

Hmmm… dah tak tau nak cerita apa… sebab dalam kepala dah berfikir-fikir nak buat code untuk R-programming… untuk subjek MAS4303… apalagi… Bayesian Inference laaa… hmmm… OK… sehingga bersambung lagi… Wassalam…

 

 

 


Posted at 02:11 am by sweetie-honey
Comments (2)  

Saturday, November 22, 2008
Lovely Saturday Morning...

Aduhaaii… dah makin banyak keje…!!! hmmm… tak menang tangan dibuatnya…!!! Pejam-celik… pejam celik… dah hampir setahun aku berada di bumi Newcastle ini… hmm… dan sepanjang berada di sini… macam-macam pengalaman baru aku tempuhi… Alhamdulillah dengan segala nikmat dan ujian yang diberi… Alhamdulillah...

 

Hmm… Last week pi tengok wayang dengan Tien dan budak-budak… hmmm… dah namanya tengok dengan budak-budak… so, kena laa tengok cerita budak-budak… hahaha… hmmm… kami berempat pi Empire Cinema, The Gates untuk tengok movie Fred Claus… hmmm… cerita mengenai Santa Claus… hmmm… best gak layan cerita budak-budak nih… hehehe…

 

Ahad ni ada Fiqh Travellers… sesi Ceramah, forum, LDK dan soal-jawab tentang Muslim di Perantauan… hmmm… berceramah tentang khuf: cara nak amik wuduk tanpa buka kasut... hmmm… ni memang biasa terjadi disini… orang-orang disini pandang semacam jerr kalau kita amik wuduk kat toilet shopping complex… depa hairan tengok kita bukak tudung… sinsing lengan baju… dan pulak tu… siap tanggal kasut dan stoking bagai… hmmm… segan jugak… depa dok jeling-jeling… tapi buat tak tahu jerr… lepas amik wuduk… pi pilih baju… bawak pi fitting room… dan guna baju tu untuk jadi alas/sejadah untuk solat… hehehe… aku lerr tu yang selalu buat macam tu…!!! hahaha… tak tau laaa kalau orang lain pun buat gaya yang sama… hehehe… kalau tak ke fitting roombabies room pun OK jugak… sebab selalu jerr kosong… takde ibu-ibu yang susukan baby depa kat bilik tu…

 

Kalau dah selesai solat di fitting room… ni laaa dialog yang biasa dan acap kali aku dengar…

 

“Any good for you?” ayat common pekerja kat situ…

 

“No, thank you… Cheers…”. Senyum… Aku bagi balik baju tu kat dia… Tak try pun baju tu…

 

Hmmm… Semalam… selesai Weekly Seminar… aku berjalan sekejap di Town… cari file dan magazine holder… (hmmm… sebab aku dah ada book-shelf yang baru… Hooray…!!! Semangat sikit nak study…!!! Hahaha… ada kene mengena kerr…???) Hmmm… dengan adanya book-shelf yang baru… ianya menjadi satu pemangkin untuk aku men‘study’ kan diri… heheh… Chaiyok…!!! Chaiyok…!!! Tetiba… teringat pulak ‘Library’ kat umah… Apa khabar laaa library tu ekk…???

 

 

 

Semalam… aku tengok dah banyak shoplots yang buat sale… semuanya murah-murah… Yelahh… Christmas just around the corner… dan makin ramai umat manusia keluar bershopping… hmmm… aku…??? Shopping…??? Belum ada niat lagi… momentum pun takde lagi ke arah bershopping… harap-harap biarlaa ianya remain kekal di tahap yang minimum… hehehe…

 

Hmmm… Things to do: This Saturday lovely morning

 

~Laundry

~Vacuum bilik

~Baca Pam Valk’s Thesis

~Isi borang UPSI dan KPT

~Isi borang travel expenses ‘Young Statistician Meeting ’09 : Glasgow

~Articles to be read:

~Bayesian Models for Gene Expression with DNA Microarray data (URGENT!!!)

~Design for two-colour Microarray Experiments (separuh lagi)

~Why Isn’t Everyone Bayesian? (bacaan santai)

~Homework Statistical Modelling (Randomized Block Design-4 soalan jerr lagi)

~Homework Bayesian Modern Inference (Practical 2: R-code)

~Buat programming appendix D dalam Tinn-R

~Post-it note: Potong kuku hari Isnin nih…!!! (memandangkan aku dah terlepas hari Jumaat bebaru ni…)

 

Hmmm… Alahaaaiii… potong kuku pun terlupa…!!! hmmm… bila dipikir-pikir balik… hmmm… maybe ini laa antara sebab aku tak kawin lagi… hahaha… diri sendiri pun tak terjaga… ni pulak nak jaga suami dan anak sendiri… hmmm… tak pandai nak manage masa dengan baik… memang aku SALUTE + RESPECT laaa pada wanita yang belajar dan dah berkahwin dan mempunyai anak dan suami untuk diuruskan… Caya lah…!!! Memang respect sebab korang buleh manage time dengan baik…!!! Hmmm…??? Kalau aku… sure berterabur segala keje… heheheh…

 

 


Posted at 09:18 am by sweetie-honey
Comments (4)  

Sunday, November 16, 2008
To Cambridge with LOVE…

Diam tak diam… dah hampir 3 minggu aku kembali ke bumi ini… Aduhaaaiii… rasanya macam dah lama benar duduk disini… Ni laaa akibatnya bila jasad jerr yang berada disini… sedangkan hati dan jiwaku tertinggal di Mesia…!!! Hehehe… Apo nak buek…??? Terima jerr laaa…

 

Hmmm… Apa-apa pun… Weekend lepas aku ke Cambridge dan Harrogate… saja berjalan… sekadar memenuhi undangan rakan… dalam tak sihat tuh… berjalan jugak… hahhaha… hmmm… takleh nak cakap apa dah…!!!

 

Berada di Bandar Cambridge sungguh mengasyikkan… weathernyaa… orang-orangnya… environmentnya… semuanya berbeza… sama sekali tidak sama seperti Bandar-bandar yang terdapat di bumi UK yang pernah aku kunjungi… seperti berada di suatu tempat yang mendamaikan… menenangkan… mengasyikkan… hmmm… macam-macam panggilan yang sesuai untuk Bandar itu… Bandar Terpelajar (Educated Town)… Bandar Berhemah… Bandar Jujur… Bandar Innocent

 

Hmmm… sememangnya benar…!!! muka pelajar-pelajar disitu sungguh mendamaikan… jujur jerr muka masing-masing… penuh bertingkah… penuh bersopan… aduhaaiii… Jatuh cinta aku pada Bandar itu…!!! penduduk tempatan pun sangat baik… alahaiii… hmmm… sakit dada bila berada disana… sakit …!!! sakit sebab ianya terlalu membahagiakan…

 

Bersantai di St. Catherine College… Kolej dimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melanjutkan pengajiannya di Cambridge University sewaktu usia mudanya dahulu… berjalan di Senate House… melawat deretan kolej-kolej terkemuka seperti King's College, Queen's College dan Trinity's College… hmmm… nasib baik bertemu dengan Abang Khairul… antara pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Mechanics di Cambridge… hmmm… dia laa yang menjadi tour-guide kami disana… bukan calang-calang jugak orangnya… hmmm… Degree di Bath, Masters di Manchester dan PhD di Cambridge… Power giller…!!!

 

Kalau disana… hmmm… rasanya memang kuserahkan jiwa dan raga untuk ilmu yang ada dimuka bumi ini… hahahaha… cewaahhh… ayat…!!! Tapi… memang benar…!!! Ianya memang benar… sungguh…!!! Aku ingat aku sorang jerr yang rasa macam tu… tapi 2 lagi rakan yang lain sependapat denganku… hmmm… maknanya kami merasakan benda yang sama…

 

Hmmm… kami bermalam di Travelodge berdekatan dengan train station… selepas solat dan berehat sebentar… kami terus keluar berjalan… malam di Cambridge pun sungguh mendamaikan… ntah laaa… lain benar rasanya bila berada disini… Trust me…!!! It's totally different…!!! Bila berada di sini… terasa begitu bersemangat untuk aku belajar…!!! bersemangat untuk aku mendalami setiap ceruk ilmu yang ada…!!! Suatu semangat yang sangat berbeza bila berada di Newcastle kalau di Newcastle Asyik ingat nak shopping…!!! Asyik ingat nak berjalan jerr…!!! hahahaha… belajar tu… belajar jugak…!!! tapi banyak sangat entertainment dan "cabang-cabang tanduk" yang lain… hehehhe…

 

Hmmm… pendek kata… memang seronok berada di Cambridge... suatu rasa yang amat berbeza… paginya penuh dengan matahari yang cantik memancar… terkedu dibuatnya…!!! Terasa bahang kepanasan bercampur kedinginan Cambridge… kombinasi yang menenangkan… sangat mendamaikan…

 

Pagi esoknya… kami punting bersama… menyusuri terusan sungai sekitar Cambridge… sangat cantik… sangat mendamaikan… hmmm… terasa berada di Universiti yang begitu mendamaikan… aduhaiii… buat kali kedua… aku jatuh hati pada Cambridge… Mike selaku tour-guide merangkap 'the punter' bercerita tentang kisah sejarah Cambridge… kisah Prince Charles yang menjadi penuntut disini… kisah ramai pembesar Negara yang mencari ilmu disini… kisah tentang Cambridge University Library yang memuatkan hampir 18,000 millions collections of books and articles… all over the world…!!! Waaaahhhh...!!! terkedu mendengarnyaaa…

 

Tengaharinya... Kami lunch di Wagamama… then, terus menaiki train ke Harrogate… suatu lagi tempat yang mendamaikan… terkenal sebagai Spa TownTurkish Baths… kami bermalam di The Cavendish… Bed and Breakfast… best giller…!!! Disambut ramah oleh tuan rumah… rumah yang cantik dan selesa… hmmm… pendek kata… trip ni memang best…!!!

 

Paginya… setelah breakfast di rumah kami bersantai di Harrogate Town minum pagi di The Betty's Tea Room… berjalan santai di Harrogate's Park… Pumpkin's Room… Mercer Art Gallery… Museum yang menempatkan art collection which consists of some 2000 works of art, mainly from the 19th and 20th centuries dan ke Brimham Rocks… melihat keindahan semulajadi… batu-batuan yang membentuk objek seperti mushroom, elephant, hippos dan macam-macam lagi bentuk yang unik… ianya disebabkan oleh hakisan angin, hujan dan  salji…

 

Setelah penat berjalan… kami menikmati buffet di Harrogate's town… hmm… 3 jam jugak melepak dalam restoran tuh… waiter kat situ siap tolak meja dan kerusi nak bagi kami ruang untuk solat dalam restoran tuh… nway, tima kacih, pakcik…!!! Setelah selesai semua… kami terus ke train station untuk kembali ke Newcastle… hmmm… selesai trip minggu ni…

 

(saya sangat tiada masa untuk menulis… hehehe… ayat siap ada perkataan "sangat" tuh…!!! macam banyak keje jerr pulak…!!! Hahaha… padehal… melepak jerr tak buat apa…!!! hmmm… cuba untuk mencari sesuatu yang tak begitu pasti… hmmm… ntah laaaa… tunggu jerr laaa… )

 

 


Posted at 06:41 am by sweetie-honey
Comments (2)  

Wednesday, November 05, 2008
Demam dan Guy Fawkes Nite...

Semalam dan hari ni aku demam… I’ve got heavily cough, flu or even worst… sakit kepala kat bahagian serebellum… ditambahkan pulak dengan time sejuk yang dah semakin sejuk ni hah… habis satu badan aku sakit-sakit…!!! dedulu pelik jugak bila dengar orang demam sakit-sakit badan… la ni baru aku rasa macam tu… sakit lutut… sakit peha… sakit pinggang… sakit belakang… sakit otot laaa… dan segala mak nenek sakit yang lain…

 

Hmmm… balik sekolah… memang terus melepek atas katil… tu jerr tempat yang paling best dalam dunia bila tak sihat nih…!!! pastu semua waktu makan aku skip… tekak aku tak buleh nak terima sebarang food… takde perasaan lapar sungguhpun perutku berkeroncong… dok telan ibuprofen dan cough syrup jerr…

 

Esok ada practical test untuk subject Modern Bayesian Inference… dah laa baru seminggu aku balik ke sini… tup-tup ada test… hahaha… macam mana nak buat nih…??? satu apa pun aku tak tahu… kena plak tu buat Stochastic Simulation… Huwaahahhaha… Aper ke bendanya tuh…??? Aduyaiii… aper la aku nak jawab esok nih…???

 

Petang tadi ada meeting dengan Malcolm… dia terkejut tengok aku kurang sihat… dengan mata yang berair-air… pakai baju sejuk dan kot bagai… dengan sekotak tisu… pi masuk bilik dia… aku cakap ada practical test esok… dan satu apa pun aku tak tahu… dia kasihan jugak dengan aku… tapi dia kata dengan ‘konfiden’nyerr… “Just do your best…”

 

Dan la ni… dengan badan yang tak berapa nak balance… dengan hidung yang blocking… dengan batuknya lagi… aku tengah dok pulun men‘study’kan diri untuk practical test esok… hmmm… buat dalam R pulak tuh… nak kena tahu setiap programming code yang berkaitan dengan Stochastic Simulation…  nak kena tahu jugak macam mana nak tukarkan dari Uniform distribution pada mana-mana distribution yang diminta… maybe Gamma… maybe Weibull… maybe Pareto… or Normal distribution… ditambahkan pulak dengan segala mak-nenek term yang aku sendiri tak berapa nak tahu… burn-in period… random walk chain… Metropolis Hasting Sampler… mixing chain… Ya Allah… susahnyaaa nak paham apa yang nak dibuat…

 

Tengah dok study nih… berdentam-dentum kat luar sana… malam ni depa semua celebrate Guy Fawkes Nite… ataupun lebih dikenali sebagai Bonfire Nite… Malcolm ada cerita sejarah Guy Fawkes Nite nih pada aku last week… masa aku ada meeting dengan dia… malam ni laaa depa bermain mercun untuk memperingati seorang pejuang Negara, Guy Fawkes… (pejuang yang bertanggungjawab meletupkan Parlimen Britain suatu masa dulu… untuk menegakkan keadilan bagi rakyat Britain). Dan cerita ni aku dapatkan dari Wiki...

 

Guy Fawkes Night (also known as Bonfire Night, Cracker Night, Fireworks Night) is an annual celebration on the evening of the 5th of November. It celebrates the foiling of the Gunpowder Plot of the 5th of November 1605 in which a number of Catholic conspirators, including Guy Fawkes, attempted to blow up the Houses of Parliament in London, England.

It is primarily marked in the United Kingdom where it was compulsory, by Royal Decree, to celebrate the deliverance of the King until 1859, but also in former British colonies including New Zealand, parts of Canada, and parts of the British Caribbean. Bonfire Night was also common in Australia until the 1980s, but it was held on the Queen's Birthday long weekend in June in some states (e.g., New South Wales) and 5 November in others (e.g., Victoria). It is also celebrated in the British Overseas Territory of Bermuda. Festivities are centered on the use of fireworks and the lighting of bonfires.

In the United Kingdom, celebrations take place in towns and villages across the country in the form of both private and civic events. They involve fireworks displays and the building of bonfires on which traditionally "guys" are burnt, although this practice is not observed regularly in modern times. These "guys" are traditionally effigies of Guy Fawkes, the most famous of the Gunpowder Plot conspirators. Although the night is celebrated in York (Fawkes' hometown) some there do not burn his effigy, most notably those from his old school. Before the fifth, children traditionally use the "guys" to request a "penny for the guy" in order to raise funds with which to buy fireworks.

In the United Kingdom, there are several foods that are traditionally consumed on Guy Fawkes Night:

Hmmm… Aku tanyakan jugak dengan Malcolm… nape depa celebrate orang yang bertanggungjawab membakar dan meletupkan Parlimen Britain…??? hmmm… gilo apo…?? Malcolm cakap… depa amik dari sudut positif… disebabkan adanya si Fawkes ni laaa… makanya… jadilaaa pemerintahan yang ada sekarang nih… So, that’s why laaa depa dok celebrate Guy Fawkes Nite ni setiap November, 5thhmmm… demikian laaa al-kisahnyaaa…

 


Posted at 06:14 pm by sweetie-honey
Comments (2)  

Friday, October 31, 2008
Jumaat... hari ke-5 di NCL...

 

Aku still jetlagged… tapi yang dah tak berapa nak jetlagged… heheh… macam mana tuh…??? Hmmm… kalau sebelum ni aku dok menguap dalam kelas pukul 4.30 petang… la ni aku masih jugak menguap… tapi pukul 6.30 petang…  dan Alhamdulillah… aku managed untuk tidur malam tadi jam 9.30 malam… dan hari ni aku harap… aku manage untuk tidur jam 11.30 malam… So, secara tak lansungnyaaa… waktu kesedaran aku di waktu pagi dah semakin pulih…

 

Sejak Isnin lepas… aku terjaga dari tidur jam 11.30 malam… penangan dek tidur jam 4.30 petang…!!! Mabuk dibuatnya…!!! Heee… ni laaa antara kesan dan akibat naik flight lama sangat… ni laaa antara effect yang aku kena face through… hmmm… ‘meong’ jadinya selama seminggu nih…!!! Selama seminggu ni jugak… aku realised… waktu makan dan waktu tidur aku masih lagi ikut waktu Mesia… heheh… pukul 11.30 malam terjaga dari tidur… pukul 2.30 pagi dok ‘kelentang-kelentung’ kat dapur sengsorang… heheh… prepare food untuk breakfast… dalam pukul 6.30 pagi plak… dok buat ‘bising’ kat dapur prepare food untuk lunch… Haiiyaaaa…!!!

 

Tien gelak jerr dengar aku masak sengsorang kat dapur … dia paham sesangat jetlagged yang aku alami… Malcolm pun paham… Pete pun paham… Javier lagi laaa paham… hehehe… siap nak ‘join the club’ bila aku dok menguap dalam kelas… heheh… kekadang tu… lebih-lebih plak…!!!

 

“I’m trying to fit myself into your shoes… I know the feeling… so sleepy… that’s why I am willing to share it with you…” tersengih-sengih memandang aku… menguap lagi banyak dari aku…!!! Aaaiiii… terlebih-lebih plak tuh…!!!  

 

Huh… iyerr la tuh…!!! Sebokk jerr…!!! Heheh…

 

 

Hmmm… tadi call Kak Azah… mentioned nak datang Manchester… nak bagi barang yang Kak Jee kirimkan pada aku tempohari… hmmm… tapi tak tau nak pi bila… Alih-alih…

 

“Reen… hang turun Sheffield la esok pagi… Akak nak pi umah Afza… Jom laa pi sekali…”

 

“Hah…??!?? Sheffield…??? Hmmm… tak sure lagi laa kak… nanti kite tengok train dulu…”

 

Hmmm… sampai opis… Dan-dan tu aku bukak website National Express… Eeeee… Reen ni bab-bab jalan ni Nombor SATU… dok survey-survey tiket… tup-tup ada tiket yang murah…!!! hmmm… reasonable jugak harganya… hmmm… rezeki aku kot…?!! Terus call kak Azah…

 

“Kak… kite dah tengok tiket ke Sheffield… esok jam 7.30 pagi… balik semula ke NCL petang kot…”

 

“Laaa… awat nak balik Newcastle…??? Mai laaa datang umah akak… beraya kat sini… heheh… ada lagi ke raya…??? Hahaha…!!! Reen… tidur umah akak laaa… balik laaa hari Isnin…”

 

“Hahhh…? Ishk… Isnin…??? tak buleh…! Ada kelas kul 1.00… hmmm… kite balik petang Ahad kot… nanti akak hantar pi train station ek…???”

 

“Boleh… No hal… Nanti kite pi umah Abang Mat hang… heheh… Pi umah Zaini sekali… dia tanyakan hang hari tuh…”

 

“Wokeh… nanti kite cerita kemudian… kite book tiket ni tau… heheh… jumpa akak esok… hmmm… nanti nak call Afza dulu… OK… Assalamualaikum… Daaa…”

 

Terus call Afza dan maklumkan yang aku akan datang ke Sheffield esok… terkejut-kejut Afza dibuatnya…!!! heheh… Risau bercampur gembira dia dibuatnya… Risau sebab tak tahu nak prepare food apa…??? Ad-hov punyer pasal… last-minute notice… heheh… Gembira pulak sebab kami berdua nak datang ke rumahnya… heheh… Jangan risau dik… Saja nak datang menziarah…

 

Hmmm… Makanyaaa… Weekend aku untuk minggu ini akan dihabiskan di Sheffield dan Manchester… hmmm… ‘meong-meong’ macam ni pun masih ada hati nak berjalan…!!! Eeeee… dah tak tahu dah nak cakap apaa…???! Ikut suka hati hang laaa Reen…!!! Bertuah betuiii budak nih…!!! Anak sapa laaa nih…??!!? Hehehe…

 


Posted at 05:13 pm by sweetie-honey
Comments (2)  

Thursday, October 30, 2008
PART 2 : MISSION ACCOMPLISHED..!!!

 

Bab merayau keliling Bandar Melaka dah abiss aku cerita… la ni pulak sambungan bila kereta aku dah sembuh dan pulih sepenuhnya… heheh…

 

Selepas “dinner yang tak hengat dunia” bersama Uncle Tan… (kes makan banyak laa nih…!!! sampaikan lauk banyak giller yang tak habisss makan… hmmm… segenap ruang usus dah penuh…!!!)… kami pun dihantar pulang oleh Uncle Tan ke parking lot Dataran Pahlawan… nearby MP… heheh… (kalau pi Melaka… jangan sebut Mahkota Parade… sebut MP jerr… kalau pemandu teksi sapu dengar kite sebut Mahkota Parade… sure depa charged mahal… sebab tahu kite orang luar… heheh…)

 

Then, dari situ… aku dan Athirah drive kete masing-masing balik ke GrandCon… adik lepak bersama kami bertiga memandangkan jam dah melewati angka 11.00 malam… pak guard tak bagi masuk kolej gerangannya… hmmm… sampai jerr hotel… terus… zzzZZZzzz…

 

Esoknya… selesai breakfast bersama… kunci kereta bertukar tangan… adik bawak kete aku… aku plak bawak kete abah… hmmm… sebagai langkah awal berjaga-jaga… sungguhpun kete aku dah sembuh sepenuhnya… takmau laaa di ‘ligan’ terus… bagi dia berehat dulu… makan ubat dulu… hehehe… baik betul owner dia ek…??? Heheh…

 

Then, kami bertiga terus memulakan perjalanan ke Batu Pahat… selesai check-out… jam menunjukkan pukul 10.30 pagi… harap-harap dapat sampai ke sana sebelum lunch hour… buleh makan bersama… heheh… hmmm… sebagai ‘pemandu yang berhemah’… aku pun terus memandu ke Batu Pahat…

 

Sesampai jerr Ayer Itam… jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari… aku bercalling-calling dengan Sab… bising betul dia…

 

“Ko biar benar Reen… betul ke ko dah sampai nih…??? lajunyerr ko bawak…!!! Ko kat mana nih…??? Ooo… dah dekat dah tu… terus jerr… lepas traffic light… Ko masuk jerr entrance depan tu… terus jerr… sampai ujung jalan… belok kanan… aku tunggu kat situ…”

 

Seperti yang diarah… aku terus memandu masuk ke UTHM… Waahhhh…!!! cepatnya berubah… masa awal-awal aku datang dulu… pokok-pokok ni masih kecik lagi… macam baru ditanam… rasa macam kering-kontang jerr Kuittho dedulu… laaaa ni… hmmm… dah merimbun…!!! motor pun dah banyak… kereta pun dah banyak… sibuk sungguh dah laluan utama ni… sungguh berubah…!!! Hmmm… cepatnya masa berlalu…

 

Tetiba Nora menuding jari ke arah seseorang… menunjuk ke arah Sab… Alahaaiiiii… rindunyaaa kat dia…!!! Setelah memakir kereta… aku segera turun… kami berpelukan… wuuaaaa… sedih weeiii… dalam gembira-gembira pun boleh nangis…!!! Heheh… dalam pada kami bertanya khabar… Edda datang berjalan santai… baru abis kelas rupanyaa… hmmm… rindunyaaaa pada dia…!!! Kami berpelukan… setelah berbincang-bincang nak lunch dimana… kami semua berjalan ke arah kereta Edda… then, terus Sab call Ayu untuk lunch bersama… Edda drive ke tempat Ayu… dan kami semua terus ke Pinang Sebatang… heheh… iyer ke Pinang Sebatang…??? (betulkan ek… kalau aku salah… heheh…)

 

Hmmm… lunch hari tu memang sedap…!!! Mee Bandung Muar… hmmm… sodap bangat…!!! Ditambahkan pulak Sab yang belanja… heheh… lagi laaa sedap…!!! Dan satu lagi makanan dalam checklist tu aku pangkahkan… hmmm… setelah makan plus berbual bersama… kami semua terus ke rumah Yan… hmmm… Yan pun agak sibuk hari tu… meng‘organised’ open-house untuk studentnya… hmmm… rindu jugak pada dia…!!! Kami berbual rancak… Edda yang ada kelas petang tu… terus call student dia inform dia masuk lewat skit… heheh… banyak benda nak bual… tapi masa pulak terhad… selesai bergambar dan berposing bagai… kami meminta diri… kemudian Edda terus drive balik ke UTHM… lansung kami semua ke bilik Sab dan Edda untuk bersolat… selesai sesi bersolat… berbual lagi… heheh… kemudian, kami bertiga meminta diri untuk meneruskan perjalanan ke Skudai untuk bertemu dengan Zam…

 

Perjalanan diteruskan ke Skudai… Sampai di Skudai dah petang… terus call Zam… dia minta tunggu depan main entrance UTM… hmmm… nak tunggu solat Asar katanya… tak sampai setengah jam menunggu… kereta Zam memakir sebelah keretaku… kami bersalaman dan berpelukan… jumpa lagi sorang ex-housemate aku di UPSI… rindunyaaa pada dia… pendek kata… bila balik Mesia nih… memang semua orang laaa aku rindu… heheh…

 

Kemudian, kami berempat menuju ke Singgah Selalu… antara tempat makan yang popular dikalangan penduduk tempatan mahupun Singaporean… hmmm… untuk kali ke seratus dua puluh kali… kami makan lagii… kali ni Zam pulak yang belanja… kami berbual santai… macam-macam topik yang keluar… layaannnnzzz… syok betul kalau dah berjumpa nih…!!! heheh… tetapi waktu tak mengizinkan untuk berbual lama disitu… kami semua terus menaiki kereta ke Pasir Gudang untuk bersua muka dengan Kak Alimah… kakak yang aku rindui… heheh… dedulu senang la nak berjumpa… setiap tahun marking paper matrikulasi bersama… Laa ni…??? hmmm… masing-masing dah ada haluan tersendiri… hmmm… sesampai rumah kak Alimah… terus Maghrib disana… selesai solat… makan lagi… hmmm… perut dah penuh… tapi layannnzzz… Mee hailam yang lazat bersama kopi cap 434… Perghh…!!! Kopi tuh siap ada code lagi…!!! tak tahan tuh…!!! Macam Kopi James Bond laaa pulak…!!! Heheh… tapi kopi tu memang sedap…!!! Hanya ada jual sekitar Johor jerr… kalau ada jual kat bumi Newcastle nih… sure aku beli punya…!!! Biar ‘hantu kopi’ macam si Javier dan Peter tangkap leleh dengan kopi cap 434 nih…!!!

 

Selesai dinner dan berbual-bual… kami meminta diri untuk balik… drive ke Skudai untuk drop Zam di entrance UTM… terus ke Larkin… jumpa abang Ida… dan park kereta di kondominium dia… selamat sikit dari parking disana… pastu… kami bertiga terus dihantar oleh abang Ida ke stesen bas Larkin untuk masuk ke Singapore… heheh… mencabar betull jenjalan cari makan kami nih…!!!  turun naik bas bila dah sampai ke imigresen Malaysia-Singapore… nasib baik bawak back-pack jerr… then, turun di Kranjit MRT… tunggu sepupuku, Noni datang menjemput… lepak kat tempat duduk di Kranjit MRT Station… penat weeiii…!!! Rasa lemasss sebab satu hari tak mandi…!!!

 

Hmmm… tengah dok leka menunggu plus penat tak hengat dunia… tetiba kereta BMW berhenti di depan kami… cuak jugak laaa dibuatnyaaa…!!! si Noni ni bukan ada kete… Hmmm… Tetiba nampak dia melambai-lambai dari dalam… Haaa… Sah…!!! Dia la tuh… hehe… lega sikit rasa hati… rupanya dia managed meminjam kereta tu dari boyfriend dia, Steve… kami terus ke Jurong West… rumah paklong Ramliy… hmmm… rupa-rupanya… abang Noni, Fendi dah beli jugak rumah di kawasan yang berhampiran… so, kami bermalam di rumah abang dia rather than umah paklong sendiri… esoknya… jam 10.00pagi… kami berangkat keluar… jenjalan cari makan di Singapore… heheh… naik bas dari Jurong West ke Orchard Road…

 

As usual… kalau ke Singapore… tempat yang aku tuju ialah Lucky Plaza… jenjalan survey money-changer… pastu pi beli mak-nenek souvenirs kat Ramayana… selesai satu bab… terus amik MRT dari Orchard ke Little India… turun inter-change di Dhoby Ghaut… then, berjalan di sekitar Little India… sehingga laaa masuk ke Mustaffa Centre… hehehe… tempat yang sememangnya wajib untuk setiap kali lawatan sambil belajar ke Singapore… heheh… tak gitu Kak Mazeq…??? Hehe… kalau Dekan aku, Dr. Sopia tahu aku pi sana… sure nangiss la dia…!!! heheh… Selesai meredah Mustaffa Centre… kami terus berjalan ke Farrer Park MRT untuk ke Clark Quay… sesampai jerr Clark Quay MRT… terus bergambar dan berposing bagai… heheh… then, menapak sedikit menyusur terusan air disitu… bergambar lagi… dan lagi… heheh… bayar tiket $13 untuk menaiki Cruise… Cruise yang akan melewati setiap penjuru Singapore… berhenti sebentar di Merlion… satu-satunya mercu tanda Singapura… bergambar dan berposing-posing lagi… heheh…

 

Settle semuanya… kami berjalan ke Shopping Complex berhampiran… perut dah berbunyi minta diisi… just amik light lunch… then, terus amik MRT ke Woodlands untuk balik ke MalaysiaAs usual… turun naik bas di imigresen Singapore-Malaysia… sehingga laaa sampai di Larkin Bus-Station…

 

Abang Ida dah sedia menanti untuk menjemput kami pulang… hmmm… efficient sungguh…!!! Thanks…!!! Terus amik kereta di parking lot kondo dia… dan terus drive balik ke KL… hmmm… siap singgah di R&R apa tah…??? (Tak ingat laaa Nora nama dia… If I’m not mistaken… R&R Machap ek…???)

 

Yang lawaknyer… siap bawak towel dan toiletries bagai…!!! heheh… Mandi di R&R…!!! Mandi betul-betul tuh… siap bersabun… bershampoo segala… heheh… tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku buat macam tuh…!!! Lepas mandi… berjalan pi makan kat food court dia… siap bawak towel tuh…!!! Heheh… Nasib orang tak ramai kat situ… heheh… Haiii… macam-macam pengalaman jenjalan cari makan aku ni hah…!!! Dari Melaka turun ke Johor… dari Johor turun ke Singapore… begitulah seadanyaaa…

 

Sekian… Terima kasih… J

 


Posted at 05:23 am by sweetie-honey
Make a comment  

Tuesday, October 28, 2008
PART 1 : MISSION ACCOMPLISHED…!!!!!

 

26hb Oktober 2008… Jam 11.20 pagi waktu UK… aku selamat mendarat di lapangan terbang NewcastleBritish Summer time ends up today… so, masing-masing reset their own clocks and watches lewat 1 jam dari waktu biasa… menjadikan beza masa antara Mesia dengan UK hampir 8 jam… hmmm… kalau tak di reset… alamatnya… hmmm… memang bertapa laa aku satu jam awal dalam bilik opis di Fakulti nanti… heheh…

 

Balik ke sini… aku mengalami jetlagged… ingat boleh maintain macho tak jetlagged… heheh… sudahnya… jam 4.30 petang… mataku dah mula tak boleh bukak… ngantuk semedang… rasa tonggang-langgang hidupku 2 hari ni… waktu makan pun lari… sepanjang waktu dihabiskan atas katil… tidossss… zzZZZzzZZZzz… bila dah pukul 11.30 malam… segar pulak mata ni… dah tak tahu pulak nak buat apa… tu yang melawat dan menziarah blog rakan-rakan di Mesia dan disini… hehe…

 

Tup…tup… bila pi menziarah ke rumah Kaktiny dan Tokma… depa bercerita tentang aku… dan Tokma pulak siap buat satu entri tentang aku… Adusss…!!! malu ni Tokma… Alahai… mana pulak nak letak muka nih…??? hmm… macam tribute to Reen la pulak…!!! hehe… Nyway… To Tokma and Kaktiny… kita sangat happy sebab dapat jumpa Tokma dan Kaktiny… rasa macam dah kenal lama… hehe… walaupun hakikatnya memang agak berdebar jugak nak jumpa Tokma for the first time… heheh… debaran yang mengalahkan nak jumpa boyfren…!!! heheh… kita sayang Tokma dan Kaktiny… Thank you so much for your hospitality dan all the juadah yang sedap-sedap yang telah disediakan… tapi part yang paling best… bila dok berbual dan bercerita dengan Tokma dan Kaktiny… waaahhh… happening giller…!!! Rasa macam dah kenal berpuluh tahun gamaknya… heheh… segala mak-nenek cerita keluar… heheh… syok arrrr… inilah agaknya hikmah berblog... heheh... untung-untung dapat ramai kawan-kawan bloggers... Bravo Malaysian Bloggers..!!!

 

Sebulan duduk di Mesia… aku pergunakan setiap masa semaksimum yang boleh… setiap hari tak lekat kat umah… kekadang tu… dengan ibu sekali aku angkut berjalan… heheh… seronok betul bila dapat drive… yelah… hampir 10 bulan 'patah kaki' dibumi Newcastle ni… then, bila dapat kereta… hmmm… mencanak dibuatnya…!!! heheh… tak hengat dunia...!!! hehehe... dan lutut aku dah tak menggigil bila bawak kete... siap rempit lagi tuh... hmmm... biasa laa... siapa yang tak kenal reen... hehehe... ewaahhh.... ayat tak sedorr diri laaa tuh...!!!

 

First day raya memang happening… ramai saudara datang menziarah sungguhpun kami sekeluarga baru pindah ke rumah baru… Al-maklum laaa… tak sempat nak updet alamat baru kepada saudara-mara yang jauh… tapi quite happening sebab ramai tetamu yang hadir…  hampir jam 12 malam baru tutup 'kedai'… heheh… hmmm… Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang satu ini…  

 

Second day pulak pi beraya rumah Maklang di Klang dan terus balik ke kampong ibu di Kuala Pilah… konvoi 4 buah kereta… sesampai jerr kampong… kaklong Hanim tengah dok masak… hehe… langkah kanan betul laaa… sedap bangat masakan kampong…!!! Semua bertambah-tambah makan… tak toleh kiri-kanan...!!! tak hengat dunia…!!! heheh… Then, terus beraya pulak umah Wan Andah… balik jerr dari kampong… terus shoot ke Aman Putra, Puchong… pi beraya pulak umah bestfren abah, Uncle Mat dan selesai beraya di rumah Uncle Mat… terus shoot pulak ke rumah ex-boss abah… Uncle Ridzuan di Kota Kemuning, Shah Alam… selesai beraya… sampai umah dah pukul 12.30 malam… heheh… Siap membersihkan badan... apalagi.... zzZZzzZZZzz...

 

Raya ketiga lepak umah… mengemas dan membasuh… membersihkan rumah… dan menunggu jiran dan saudara lain datang ke rumah… Raya keempat pulak tunggu Maklong dan Maksu datang untuk merayau dan beraya keliling kampong… bersua muka dengan saudara dan jiran yang lama ditinggalkan… memang happening…!!! Time ni la… bukak balik salasilah keluarga yang dolu-dolu… segala cerita tok-nenek zaman dulu keluar… heheh…

 

Pendek kata… memang happening raya tahun ni… seronok dapat beraya bersama keluarga tercinta… seronok dapat beraya di bumi Malaysia yang tercinta… seronok dapat berjumpa dengan saudara-mara yang jauh dimata… seronok dapat bersua muka dengan rakan taulan yang lama tak dengar berita… Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang memberikan kesihatan yang baik sepanjang aku berada di Malaysia… Alhamdulillah…

 

Lepas 8 hari beraya… aku pi UPSI… untuk bertemu dengan rakan seperjuangan yang dirindui… berjumpa dengan Dekan… rindunya pada diaaa... segala mak-nenek cerita keluar… siap pi beraya kat bilik dia… hmm… merasa la makan cheese cake dan blueberry cake yang dia selalu buat… then, pi ke Dusun Bay bersama Dekan, Muzi dan Kak Fai… makan bersama… kerana Dekan akan ke Finland, Denmark untuk membuat sabatikal disana…

 

Hujung minggu yang berikutya… company abah buat open-house di MATRADE… punyalah happening… ramai giller umat dunia di sana… makanan pun happening jugak… segala mak-nenek ada… lepas laaa hajat aku nak makan macam-macam kat Mesia… hehe… Cuma kondisi perut jerr yang tak mengizinkan untuk makan banyak… hehe… kalau tidak..!!! hmmm… sendiri mau ingat laaa…!!! Walau apapun... Thanks to Def**** kerana buat open-house sebelum aku balik sini... heheh...

 

Selesai open-house di MATRADE… esoknya kami buat mini open-house dirumah… menunggu kehadiran rakan-rakan abah yang juga merangkap rakan-rakan aku… heheh… secara tetiba… rasa macam semua kawan abah dan ibu… dah jadi kawan aku jugak… hehe… adakah ini sebahagian dari simptom-simptom penuaan…??? Heheh… tak kisah laaa… janji aku happy…!!! Seronok bila dapat memasak untuk rakan-rakan abah dan ibu… Uncle Mat, Auntie Mariana, Uncle Ridzuan, Auntie Nora, Abg Nasir Israel dan keluarga, kak Linda, Mek dan bibik Halimah sekeluarga datang bertamu… seronok menerima kehadiran mereka…

 

Selesai semua tetamu pulang… aku terus ke Damansara Damai untuk menjemput Ida dan Nora… plan seterusnya adalah trip untuk ke Melaka-Batu Pahat-Skudai-Pasir Gudang-Larkin-Singapura… hehe… depa berdua tidur dirumahku… esoknya… kami bertiga berangkat ke Melaka… On the way ke Melaka… kereta rosak di tengah jalan… hmmm… memang tak pernah-pernah terjadi seumur hidup aku… hmm… nape ek…??? Maybe jugak dah hampir 10 bulan tak berjalan jauh… makanya keretaku agak 'terkezut' bila terus dirempit untuk berjalan jauh… hehe… sian kat dia…!!! admitted to workshop's ward… dah laa masuk ward… boss kat workshop tu… Uncle Tan siap belanja makan lunch… punyalah sedap makan asam pedas ikan pari kat kedai yang sangat terkenal di seantero Melaka… hehe… memang takde dalam plan pun nak ke situ…!!! Rezeki aku kot… satu lagi senarai makanan dalam checklist tu aku pangkahkan… heheh… Alhamdulillah dengan rezeki Allah…    

 

Speaking of keretaku yang rosak... heheh... ni memang antara pengalaman berharga buat aku... pengalaman yang memang tak buleh beli kat kedai...!!! hahhaha... keretaku rosak selepas exit Bandar Melaka... tersenguk-senguk... last-last terus mati enjin... punyalah gabra...!!! heeiii... berdebar sesangat... tapi menten jerr tuh... bila mengenangkan kalau aku gabra... pasti Nora dan Ida pun gabra habissss...!!! So, moral of the story... Relaxxxx...!!!

 

Then, terus call abah... cerita dengan dia apa yang berlaku... dia pun tanya macam-macam... Yelah... orang terror baiki kete... semua benda dia tahu... hehe... then, abah cakap...

 

"Along... abah rasa along terpaksa batalkan trip ni... sebab kete memang kena masuk workshop... abah rasa.. maybe tak boleh siap hari ni... otherwise... kena contact Athirah... mintak dia hantar Toyota pada along... abah cuba call kawan abah kat Bandar Melaka... minta dia tengokkan apa yang patut... tunggu la kat situ... nanti ada orang datang towing kete tu..."

 

Dengan bateri HP yang dah nyawa-nyawa ikan... si Edda pulak call...

 

"Reen, ko dah sampai mana...??? Lunch kat sini kan...??? Yan ngan aku dah prepare lunch untuk korang... kitaorang nak belanja ko makan beriani gam... ko nak beriani ayam ke beriani kambing.. ko makan kambing kan...??? Excitednya aku ko nak datang... bawak kete elok-elok tau... dah sampai nanti bagitau..."

 

Pastu... HP aku pun mati... bertukar pulak ke HP Ida... nasib baik HP Ida berfungsi dengan baik... HP UK tuh...!!! heheh... Then, bagitau pada Edda masalah kereta aku yang stuck kat Hentian Sebelah Kg. Bemban... tengah tunggu towing truck... maybe tak dapat nak lunch bersama di Batu Pahat... maybe jugak kena stay sampai kete siap... maybe jugak sampai lewat malam di Batu Pahat... maybe jugak kene stay one-nite kat Melaka... maybe jugak kena patah balik sebab kete rosak... disfunction...!!! hmmm... Ntah laa... terlalu banyak sangat kemungkinannya... Takpe la... Allah Maha Mengetahui...

 

Tengah dok menunggu... sempat jugak kami lepak, berkelah dan makan biskut raya... heheh... ntah aarrr... tak gabra pun... tak risau pun... heheh... cuma panasss jerrr... berpeluh-peluh dibuatnyaa...!!! Yelah... orang dah biasa dok negara sejuk... (heeeiii... ayat orang yang tak sedar diri...!!! tak hengat...!!!) Haiii.... Astagfirullah-hal-Azim... Ampun...! Ampun...! Ya Ampun...!!!

 

Dah hampir satu jam dok terpacak kat Hentian Sebelah tu... towing truck pun sampai... Aiii... scary giller tengok orang yang nak towing kete aku nih... muka orang tu sebijik macam muka anggota Komunis dalam cerita Bukit Kepong... Haaa... baru aku ingat...!!! muka dia macam... yang ala-ala mata meliar tengok apa yang ada dalam Balai Polis Bukit Kepong tu... hmmm...sebijik macam tu...!!! haii... berdebar jerr bila dia suruh aku naik towing truck dia... aku berdoa jerr agar semuanya berjalan lancar...

 

Bila towing truck berjalan jerr... dan-dan tu terus menjadi ramah Uncle tu... semua benda dia cerita... hehehe... Aiii... ramah betul Uncle nih...?!!! Uncle... Minta maaf banyak-banyak sebab tersalah teka... haaa... tu arrr pasal... Don't u ever judged the book by it's cover...!!! Ingat tuh Azrin...!!! hehehe...

 

Punyalah banyak cerita Uncle nih... sampai aku tak perasan yang kami dah sampai ke Workshop Uncle Tan... terpandang jerr wajah Uncle Tan yang tersenyum menyambut kedatangan kami... lega sikit hati aku... Yeah..!!! Finally... I'm in the right place... safely and secured... Alhamdulillah... 

 

Dan tak pasal-pasal kami bertiga kena bermalam di GrandCon di Bandar Melaka… takde dalam plan pun… unplanned trip... tapi tak kisah laa… bukan kejar apa-apa pun… pi pun free and easy… so, layannnzzz...!!! Petangnya… kami bertiga merayau keliling Bandar Melaka… siap nak bukak buku sejarah tu…!!! heheh… sempat jugak laa naik menara berputar Taming Sari… melihat keindahan Bandar Melaka dan sekitar Selat Melaka… sangat cantik…!!! Dan-dan tu teringat masa kami bertiga naik Euromast Tower di Rotherdam, Holland… terasa sesangat yang Bandar Melaka dah pesat membangun… dah ada jugak Eye on Melaka… bangganya aku menjadi rakyat Malaysia… Saya sangat bangga…!!! Maju Malaysia…!!!

 

Turun dari menara berputar Taming Sari… kami berjalan santai… membeli souvenirs di Bazaar berhampiran... tunggu Athirah datang dari Lendu… kemudian naik pulak beca Melaka… siap ada CD Player lagi tu… kelassss…!!! Teringat pulak cerita Penarik Beca… lakonan P.Ramlee… tanya jugak dengan pakcik yang mengayuh beca tu…

 

"Pakcik tak penat ke kayuh beca ni…??? Tak berat ke…??? Nape tak pakai motor jerr…???" Sian aku melihat dia mengayuh kami yang mempunyai 'berat' yang berlebihan ni… heheh…  

 

"Tak original laa dik kalau guna motor… semua tourist yang datang Melaka ni nak naik beca yang original… diaorang nak orang kayuh beca nih... takmau yang bermotor-motor... takde berat pun…!!! Mat Salleh yang naik beca ni lagi besar dan berat… tapi pakcik dah biasa… bangga jugak dapat bawak diaorang pusing tengok tempat-tempat bersejarah di Bandar Melaka ni…" Hmm… tabah betul pakcik ni…

 

Malamnya pulak… kami berempat lepak sambil menunggu Uncle Tan datang menjemput untuk dinner di Alai, Melaka… satu-satunya tempat makan ikan bakar dan segala mak-nenek seafood yang sedap dan murah yang hanya diketahui oleh golongan-golongan tertentu di Melaka… kata Uncle Tan… Ikan bakar di Umbai dah terlalu komersil… dah kurang genuine… heheh… Dinner ni pun takde dalam plan… dan satu lagi senarai makanan dalam checklist aku dah dipangkahkan… hehe…

 

.... to be continued...


Posted at 02:05 am by sweetie-honey
Comments (2)  

Monday, September 29, 2008
Salam Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin...

Yeehaaaa... Aku dah selamat sampai ke tanah air tumpah darahku.... Malaysia....

Hmmm... Alhamdulillah....aku tak mengalami jetlagged macam mula-mula sampai ke Newcastle dulu... mungkin jugak kerana berkat aku paksa diri untuk tidur dalam flight walaupun sesungguhnya pada waktu itu....mataku sangatla terang belaka... hehehe....

Sesampai di KLIA... abah, ibu dan zura dah sedia menunggu... nak ikutkan makshu dan maklong sekeluarga nak datang bersama menjemput aku.... tapi memandangkan aku balik awal dari yang dijangka... makanya... aku inform abah supaya remain silent... nak buat surpriseeeeee....!!!! hehhehe...

Sesampai jerr umah... terus masuk tengok umah baru aku.... hehehehe... Alhamdulillah.... seronoknyaaaa... umahku dah siap.... sangatlaa cantik.... pada pandangan mata aku laaaa.... Alhamdulillah...

Dan petang tu aku terus memandu kereta kesayanganku... hehehee...syiok...!!! punya laaa excited walaupun kepala lutut kakiku begitu terketar-ketar sekali.... Wuuuaaaaa.... nape buleh jadi lagu tu nooo...???? Sampaikan Zura pun heran tengok aku begitu bersopan-santun membawa kereta.... hehehe... dia kata....

"Haaiiii... lemas kite tengok kaklong bawak kete... sopannyerrr yaaaa amat...!!!"

Then, hari-hariku di sini begitu penuh dengan pelbagai aktiviti... terasa cepatnyaa masa berlalu bila berada disini.... sekejap jerr dah tengahari.... pastu....sekejap jerr dah petang.... Aiii...??? awat kat sana aku rasa lama giller nak habisss satu hari...???

Setiap hari aku tak lekat kat umah... berjalan jerr.... seronok memandu keretaku... ada jerr tempat yang nak aku tuju... Shah Alam laaa... Sungai Buloh laaaa.... OU Damansara laaa... Kajang laaa... Wangsa Maju laaa... hmmmm... pendek kata... kalau terlintas jerr dalam fikiran sebelum aku masuk tido... esok sure aku pi tempat tu....!!! hehhehe... dan la ni ada perubahan pada caraku memandu... dah tak speed macam dedulu... kalau dulu... kalau tak cecah 160km/jam memang tak sah.... rasa macam tak feel jerr... hehehe... La ni dah terbalik pulak...!!! Bawa 80km/jam pun aku dah rasa laju semacam...!!!! hehehhe... mula laaaa kaki ni asyik nak tekan break jerr... heeiii....!!! tah hape-hape tah...!!!!

Sabtu lepas kami sekeluarga menjadi host untuk majlis berbuka puasa... hmmm.... sangat seronok sebab semua family hadir... makshu sekeluarga, maklong sekeluarga, cik Zul sekeluarga, kak Jila sekeluarga, Abg Sham sekeluarga, maklang sekeluarga, Isyam sekeluarga dan pasangan sepupuku yang baru berumahtangga... punyaaaa ramai....!!! Sangat happening...!!! Alhamdulillah kerana mereka dapat hadir untuk majlis ini.... dan seperti biasa... menu utama... As tradition... Nasi Bukhari Abah yang sangat lazat...!!! semua tetamu request nak makan nasi bukhari abah... hehhehe... abah memang teror buat nasi bukhari... walaupun abah dah menurunkan ilmunya kepada kami adik-beradik.... hehehehe... kirim salam laaa nak menjadi...!!! hehehe... abah buat jugak yang sedap...!!! Yelah... dah hampir 5 tahun dok Arab Saudi dok belajar buat benda tu... for sure laaa dia masak lagi sedap dari kami adik-beradik... hehhehe...

Hmmm... malam tadi kami adik-beradik lepak bersama dengan Apis dan Faeez di Down-town Danau Kota... kami keluar dari rumah jam 11.30 malam dan kembali sampai ke rumah jam 5.15 pagi.... hehehe... happening gillerr...!!! ingatkan semua orang dah balik beraya... rupanya masih ramai lagi warga KL yang masih buat last-minute shopping.... syok gillerr lepak bersama sepupu sepapat...!!! lepas selesai tawaf sekitar booth-booth yang ada.... kami lepak kat kedai mamak... makan laaaa.... apa lagi....!!! dan adik-adikku sangat terkejut denganku.... semua benda aku order.... nak makan.... hehehe... semua benda aku teringin... hehehe... sedapnya roti canai banjir... roti nan... tose massala... char kuey teow... kerang bakar... nasi lemak kukus... steamboat.... Aaiii.... banyaknyerr menu yang sedap-sedap...!!! Isshhh... susahnyaaa nak buat pilihan....!!!!

"Relax laaa kaklong... esok-esok buleh makan lagi... buleh muat ke perut tu...??? semua benda nak makan...???"

Hmmm... dan hari ni aku lepak kat umah jerrr... tak abis tawaf lagi umah baruku ini... tadi jugak dok sibuk kemas umah... gantung frame-frame gambar kat living hall... gantung langsir... touch-up bahagian library... surau.... dan dry-kitchen... buat masa ni... abah kata hold-on dulu water feature kat living hall dan fish pond kat family area.... banyak lagi ruang lain yang perlu di touch-up....

Hmmm.... OK... cerita pulak hal esok... lepas sahur esok... aku, abah dan Aiman akan ke Pasar Besar Sungai Buloh... nak mencari bahan-bahan nak masak untuk menyambut Syawal.... nak beli daging, ayam, paru, dan segala mak nenek aksesori yang perlu... dan seperti biasa... bila kat sini... aku tak payah pening-pening kepala nak beli apa... nak beli berapa banyak... dan macam-macam persoalan yang lain yang timbul... sebab abah dah tahu apa yang nak dimasak... apa yang nak dibeli... hehehe... aku just follow jerrr... yelah...!! Chef dah ada... anak Chef tolong angkat barang jerr laaaa.... hehehehe....

OKlaaaa.... last but not least.... buat semuaaa....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.... MAAF ZAHIR DAN BATIN....

p/s: buat rakan taulan... ni nombor telefon aku disini... 012-6730411... hanya diaktifkan untuk tempoh satu bulan... hehehe... feel free to contact me... keep in touch... Daaaaa....

 

 


Posted at 09:28 pm by sweetie-honey
Comment (1)  

Previous Page Next Page

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Time flies...


Prayer Time...



Newcastle's Weather...






~:: Something About Me... ::~

Hanya insan biasa... Tiada apa-apa... Masih mencari dan tercari... matlamat dan tujuan hidup yang hakiki... kini masih meneruskan pengajian di bumi Newcastle upon Tyne... untuk meningkatkan pengetahuan diri... kelak ingin berkongsi ilmu dan mendidik anak bangsa sendiri... dan sentiasa berdoa agar bertemu dengan teman sejati... agar dapat menemani hati dan diri hingga ke penghujung abadi...




~:: My Responsibility ::~

My University
My Department
My Library
My UPSI

~:: Warga UPSI ::~

Afza FST Sheffield
Aida FST Brunel
Huda FST Kent
Kadri FST Jepun
Kak Azah FST Manchester
Kak Husna FB Glasgow
Kak Ina FTMK Glasgow
Kak Mashi FTMK NZ
Kak Mazeq FST Ausie
Lina FTMK Loughborough
Norzu FTMK
Rusdi FTMK Sheffield
Yati FST

~:: My Favourite Bloggers ::~

Dr Mohamad Khir Toyo
Harakah Daily
MyKMU NET
Saiful Islam
Tun Mahathir Mohamad
UMNO-Reform
Ustaz Erfino (London)

~:: My Friends/Bloggers ::~

Abahnajwa Liverpool
Ain Jafar
Ayu UiTM
Chinta
Farid Mesir
Hamka
Ida Newcastle
Iman Ain
Indah Manchester
Irwan
Ita Newcastle
Kaktiny
Kak Iris Istanbul
Kak Sall UiTM
Marjerin
Nora Newcastle
Sue UiTM
Suemuim
Suraya Sultan UiTM
Suzi Isyam
Syaikhul
TokMa
Yati UiTM


~:: My Favourite Authors ::~

Damya Hanna
Aisya Sofea
Anis Ayuni
Meen Zulaikha
Norzailina
Aleeya Anessa
Ayu Emelda
Bikash
Zara Juita
Sri Diah
Alaf21 Fan Club

~:: My Favourite Newspaper ::~

Utusan Malaysia
Berita Harian
The Star
New Straits Times
News of the World
METRO UK

~:: My Travel n Transport ::~

Fly with Emirates
Fly with Malaysian Airlines
National Express UK
My rider to University
My Cruise to Europe
Easy Jet
Air Asia
Ryan Air
Rex Air
Mega Bus UK

~:: My Online Shopping ::~

Argos
ASDA
LiDL
TESCO
Dalton Park FO
Royal Quays FO
Livingston Edinburgh FO
Yorkshire FO
eBay UK
Royal Doulton
Primark
John Lewis
TopShop
Mark and Spencer
Sports World
Dorothy Perkins
Next
Fenwick
T.K.Maxx

~:: My Kitchen Corner ::~

BBC Good Food
James Oliver
Nigella Lawson
All Recipes
Kuali
Mesra Resepi
Hanieliza
MamaFami
Joy of Baking

~:: My YM Status ::~


Yahoo Id : nureen610



tanda ingatan dari kaktiny

counter statistics

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed