DaisypathAnniversary Years Ticker



Wednesday, April 22, 2009
I need to be hugged…

Attention please… People…!!! People…!!! Heiii people out there…!

 

If you see this cute little bear… please don’t hesitate to hug her… she needs to be hugged! To be more precise… a very healthy hugs… I really need that… please hug me… bak kata pakar terapi ni hah…

We need 4 hugs a day for survival. We need 8 hugs a day for maintenance. We need 12 hugs a day for growth”
—Virginia Satir, family therapist

 

 

Hug is the best way to convey your feelings to your loved one. Sometimes, hug is ALL that we need. Hugs make us feel secure… hugs make us feel loved… hugs make us feel better… in whatever condition it is… hugs is the best medication and it cost you nothing other than the moment of time…

 

 

Baru aku realised… dah lama (to be more precise… dah hampir setahun lebih) aku tak terima pelukan dari orang yang aku sayangi… masa aku study dedulu… setiap hari aku peluk ibu ngan abah… nak pi sekolah kerr… nak ke universiti kerr… waima pun nak keluar jumpa kawan-kawan… tapi laaa ni… hmmm… aku dah jauh… Cuma dapat dengar suara ibu dan abah jerr dalam telefon… hmm… itu pun jadi laaa… Alhamdulillah…

Semalam call ibu… as usual… aku selalu tanya siapa yang ada kat umah… apa yang depa buat… dan apa berita terkini dirumah (walaupun sesungguhnya aku call umah, ibu, abah, adik 4-5 kali seminggu)… Hmmm… dah hampir setahun setengah aku disini… tetapi aku tetap homesick! Hmmm… Cem mana nak buat ek…???

Masa call ibu dan berbual-bual dengan ibu… tetiba ibu gelak sakan… hmmm… pelik! Apa yang buat ibu happy sangat tuh…??? Rupa-rupanya… abah baru sampai dari Pekan, Pahang… walhal baru jerr pi Pekan sebelum subuh pagi tadi… Ya Rabbi… Ya Rasul… Abah…! Abah…! Sayangnyaa abah pada ibu… Penat-penat drive pun dia balik jugak ke rumah… Jarang aku tengok orang yang sekuat abah berulang setiap minggu dari Kuala Selangor ke Pekan, Pahang… memang aku cukup respect pada abah dalam bab-bab ni… Dulu kira dekat jugak laa… dari KL ke Pekan, Pahang… Laaa ni… kami dah berpindah ke Kuala Selangor… hujung dunia pulak tu…!!! lagi jauh nampaknya perjalanan abah ke tempat kerja… tapi abah tetap abah… hmm… Abah! Abah! Tak terkata dibuatnya… Along saaaayaaaaaaang Abah…!

 


Posted at 09:22 pm by sweetie-honey
Comments (3)  

Friday, April 17, 2009
Awas... N3 yang sangat panjang...

Dah beberapa bulan blog aku ni berhibernasi… hmm… bak kata Afza… dah bersawang dah blog aku ni…!!! hehe… dia siap offer lagi nak tolong kemaskan blog aku nih… hehe… Afza, akak tulis ni pun sebab Afza tau… hehehe…

 

Memang banyak yang ingin kutulis… tapi, bila dah duduk berteleku depan laptop ni… lain pulak jadinya… mengadap laaa pulak cerita Korea yang seolah-olah menjadi perkara wajib untuk aku tontoni… hahaha… La ni… cerita yang buat aku sampai termimpi-mimpi tu dah abiss… sekian, terima kasih…

 

Hmm… tak tahu nak mula dari mana… banyak sangat perkara yang berlaku dalam hidupku sejak berbulan yang lalu… sampaikan dah lupa kisah ni tentang peristiwa yang mana… hmmm… oklah… aku just coretkan serba sedikit jerr apa yang dah aku buat sejak sebulan yang lalu…

 

Sebulan yang lepas… aku jadi host Dr. Sopia yang datang untuk trip tour UK… hampir seminggu jugak aku jelajah seluruh kota Great Britain ni… bermula dari Newcastle… aku turun ke Cardiff… singgah di rumah Liza (minum petang disana)… kemudian amik kete sewa terus ke Manchester… bermalam di rumah kak Azah… lepak… borak-borak… kemudian, berjalan sekitar Bandar Manchester dan terus shoot ke Glasgow… terus ke rumah kak Husna dan Abang Azam di Govenhill… semua warga UPSI termasuk Kak Ina, En. Nordin Mamat, Azlan dan Nazir hadir sama memeriahkan kedatangan Dr. Sopia… esoknya… menikmati keindahan di universiti dan Bandar Glasgow dan terus shoot ke Edinburgh… to be more precise… perkara wajib kalau dah sampai kota Scotland ni ialah wajib pi Edinburgh Castle… selesai lawatan ke Edinburgh Castle… kami terus shoot pulang ke Newcastle… tido umah aku satu malam… Dr. Sopia tidur hampir pukul 1.00pagi dek kerana seronok berbual dengan kak Bitah… esoknya… selesai menyiapkan bekalan untuk picnic… kami terus ke Durham Castle and Cathedral… then, terus gerak ke York… shopping time…!!! kami ke Factory Outlet di York… selesai bershopping sakan… terus gerak ke Leeds… hehehe… penat tapi seronok!

 

Bermalam di rumah Kak Ita di Leeds… esoknya terus shoot ke Sheffield… berjumpa dengan Afza dan Lisa di Sheffield town… lepak dan berbual bersama… selesai di Sheffield… kami terus ke Loborough… terus ke rumah Maya… Maya siap masak dan menjemput rakan-rakannya makan bersama… macam kenduri laaa pulak… hehehe… anyway, memang sedap semua masakan Maya… thanks a lot dik! Selesai berkenduri-kendara… kami terus ke Birmingham dan bermalam di rumah Ramli… huh…! Penat…! Bunyi macam Amazing Race jerr kan… hehe… rasanya kalau aku masuk… sure kalah…! Hahaha…

 

Esoknya… aku kena balik ke Newcastle… sebab minggu berikutnya aku perlu ke Lancaster ada conference di sana… so, kene balik untuk siapkan presentation slide yang tak buat lagi… hehehe… teruk kan??? Berpoya-poya seronok jerr… keje tak siap… alahai… apaaa laaa reen nih! dan Ramli pulak yang take my turn dan membawa Dr. Sopia ke Cambridge dan Conventry University… hmm… kesimpulannya… memang best…! Memang Syok! Tapi kalau dah lama sangat… memang memenatkan! Bak kata Afza… masa aku dan Dr. Sopia visit dia dan Lisa di Sheffield… dia kata aku dah nampak ‘lunyai’… hahhaha… penat dik! Sape kata duduk dalam kete tak penat…! Hehehe… tapi keseluruhan trip kami memang best! Cuma masa jerr yang menjadi kekangan untuk kami betul-betul menikmati penjelajahan Kota Great Britain ni…

 

Walau apa-apa pun… ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan UPSI yang begitu sporting dan begitu outstanding sepanjang lawatan aku dan Dr. Sopia ke tempat rakan-rakan… terima kasih banyak-banyak pada yang begitu beriya-iya menjadi host dan memujuk kami tidur dirumah masing-masing… TERIMA KASIH SEMUA…!! JASAMU DIKENANG…

 

 

Balik dari berjalan dengan Dr. Sopia… seminggu berikutnya aku ke Lancaster… aku, Deya, Nan, Kevin dan Peter pergi bersama… Sarah tak sihat… so, dia tak datang… Javier pulak merancang pi lewat sikit dari kami… so, dia pi sorang diri… sesampai jerr… kami diberi accommodation… bilik aku di Salter Hall… dan slot presentation aku pulak jatuh pada hari berikutnya… hehe… slide belum 100% siap… menggelabah jugak laaa… banyak benda yang nak dimasukkan… tak praktis lagi pulak tu…!!!! sudahnya aku tidur hampir jam 2.00pagi… tu pun aku tidur-tidur ayam sampai ke pagi… sebu rasa perut… seems that butterflies was full in my stomach…!!! Arghhh!!! Aku paling tak suka dengan situasi macam ni… It always happen bila aku nak present paper…!!! Dah bertahun-tahun ada experience present paper… memang situasi tu jugak laaa yang berlaku… kecut perut semedang!!! Aku tak suka!!!

 

Seminggu berada di Lancaster… aku dibawa berjalan ke Lancaster Castle… mengikut rombongan Cik Kiah a.k.a RSC Lancaster Committee… aku tak berapa nak ingat siapa yang jadi ketua lawatan… tapi yang pasti si Matthew Sperrin a.k.a RSC Chief Organizer turut serta dalam rombongan Cik Kiah ke Lancaster Castle Tour tu… memang menakutkan…! Scary the movie betul…! Malam-malam masuk castle masuk penjara dari kelas pertama sehingga la ke kelas ketiga… masuk Court Room… dari sekecil-kecil court… sampai laaa ke sebesar-besar court… masuk bilik juri/hakim… masuk bilik tempat pesalah digantung… eeee… seram makcik dibuatnya…!!! tapi dek penerangan pakcik tu panjang sangat dan beserta dengan accent orang Lancaster… menguap-nguap aku dibuatnya… rasa macam dia tengah dok cerita bed-time stories pada kami semua… hehehe… mintak mahap pakcik pencerita…!

 

Di Lancaster RSC 2009 ni jugak… aku jumpa ramai kawan… to be more precise… yang se Bayesian ngan aku… wakakaka… berkenalan dengan Maria dan Winnie dari Queen Mary London… Maria dari Bangalore dan Winnie dari Hong Kong… Maria buat pasal Bayesian… sama macam aku… tapi lain dari segi skop kajian… kami masih baru… masih banyak yang nak kena belajar… tapi seronok sebab kami share problem yang sama… dan dia seorang yang begitu positive-minded… seronok berkawan dengannya… sehingga ke hari ini… dia selalu berSMS denganku… banyak jerr cerita yang dia bualkan… sampaikan nak pi berjalan-jalan pun siap bagitau aku… hehe… macam-macam behaviour orang nih… hehehe…

 

 

Balik dari Lancaster… aku cuma ada sehari jerr untuk men’laundry’ baju… then, minggu seterusnya… aku ke Italia… dari Rome kami ke Milano (MILAN)… dari Milano kami ke Venezia (VENICE)… dari Venezia kami ke Firenze (Florence/PISA) dan kemudiannya balik ke Roma (ROME)… seminggu di sana… Alhamdulillah… cuaca sangat cantik… orang-orang Italy sangat baik dan friendly… dan Alhamdullilah… kami tidak di ‘pick-pocket’ oleh local people kat sana… dan syukur Alhamdulillah… kami jugak selamat berlepas dari Italy 5 jam sebelum terjadinya earth-quake di Bandar ROME… Syukur Alhamdulillah…

 

Dalam banyak-banyak Negara yang dah aku lawati… Bandar VENICE laaa yang aku paling jatuh hati… keluar jerr dari EUROSTAR train… dah nampak tebing sungai VENICE… alahai… cantiknyaaaa! Terasa aura yang agak berbeza dengan kota lawatan aku sebelum ini… begitu mendamaikan… begitu mengasyikkan… begitu romantis…!!! Pada pemerhatianku… kalah Kota Romantis PARIS… bak kata seorang sahabat UPSI… Eifel-Tower yang macam ala-ala tiang elektrik tu! Hahaha… 

 

Kalau ada yang nak pi honeymoon… 99% aku suggest… pi laaa Venice… tapi tempat kite pun takde tolok bandingnya…??? best apa kalau ke Pulau Redang… Pulau Perhentian… Karambunai Island ker… lagi syok! Jimat sikit duit… aku yang dah ter’lepas’ ke Italy ni pun sebab dari sini nak ke Italy tu murah… ala-ala macam dari Semenanjung nak ke Sabah dan Sarawak jerr belanjanya… atau mungkin kurang dari itu… ikut currency kat sini laaa… jangan convert… hmmm… tu sebab aku dan rakan-rakan pi sana… kalau mahal… hmm… hehehe… kirim salam jerr laaa…

 

Seminggu di Italy amat mendamaikan… berjalan… bergambar… berposing… kat Milan jerrr hampir 300 keping gambar yang di ‘snap’… berlatarbelakangkan shop lot branded designer… Prada, Louis Vuitton, Escada dan macam-macam lagi… no wonder laaa Siti Nurhaliza, Maya Karin, Tiara, Camelia announce dalam paper yang depa beli beg/tas tangan kat sini… berbelas ribu RM… memang kelas…!!!  Memang mahal pun… 3 bulan expenditure aku kat UK ni…  kalau aku mampu beli pun beg kat sini… sure orang cakap aku beli kat Petaling Street punya laaa… hahaha… gaji pensyarah mana cukup nak bergaya dengan beg branded nih… hehehe… lagipun… apa ke halnya… bawak beg Prada pi lecture… pastu isi beg tu dengan marker pen dan duster segala… hahaha… tak kena… memang tak kena gaya…!

 

Sepanjang di Italy… makanan cukup mudah… dan sangat lazat… sampaikan aku tak pandang spaghetti… asyik-asyik order tagliatelle, gnocchi, fusilli, cavatappi dan segala mak nenek pasta yang lain… yang paling best jugak dia punya pizza … besar yaaa amat…!!! sorang satu pulak tu… tapi yang hairan bin ajaibnya… aku mampu menghabiskan seluruh bahagian pizza tu… takde kongsi-kongsi punya… hahaha… kalau lama duduk Italy… sure makin bulat aku dibuatnya… syurga makanan… hehehe… semua gambar kat Italy aku akan letak dalam facebook… gambar pulak… bukan laaa sikit…! Banyak yaaa amat… 300 lebih kat Milan… 300 lebih kat Venice… 300 lebih kat Pisa Leaning Tower… 300 lebih kat Rome… total semuanya hampir 1300 lebih-lebihan kepingssss… hahaha… banyak ssss tu tandanya plural...!!! Nak sangat bergambar… berposing… tu lerr gayanya… sampai surrender semua model pada hari terakhir di Italy… hehe…

 

Balik jerr dari Italy… aku ada sehari jerr untuk laundry… esoknya… seminggu lebih di Glasgow… ada YSM 2009… Young Statistician Meeting… 3 hari 2 malam dirumah kak Ina… habis selesai conference… kak Azah terus angkut aku ke rumah kak Husna… 5 hari 4 malam di rumah kak Husna dan abang Azam… kak Dahlia pun ada sama… Alhamdulillah… misi ‘kitchen project’ kami selamat dilaksanakan… sampai laaa ni… kuah kacang dan ketupat yang kak Dahlia buat menjadi igauanku… hehe… sebijk macam abah buat… sedap yaaa amat…!!! Aku plak… macam biasa menjadi chef utntuk buat cheese cake… sepanjang 3 hari tu… penuh peti ais umah kak Husna dengan cheese… kami buat oreo cheese cake with choc glaze topping… blueberry cheese tart… sweet pancakes… tiramisu… dan tidak ketinggalan… kuih tradisional… seri muka berkedut aku… hahaha… misi nak buat muffin tidak dapat dilaksanakan sebab dah banyak makanan lain… maybe next time… the 2nd phase of our ‘kitchen project’… ‘dapur’ kak husna pun terkejut dibuatnya kerana menerima tetamu yang gian nak memasak dari Newcastle dan Warwick nih…!!! hahaha…

 

Sepanjang berada di sana… Abang Azam dan kak Husna bawak kami berdua berjalan ke Loch Lomond… the biggest fresh water lake di Scotland… pi ngan geng-geng UPSI yang lain… then, kami ke Wallace Monument Glasgow Castle dan banyak lagi… tapi yang paling best… shopping kat carboot di Glasgow… waaaaahhh… heaven!! Banyak benda yang aku beli… tak pernah laaa orang Glasgow habis 50 pound pi carboot… tapi aku dan kak Dahlia telah membuktikannya… hahaha…

 

Kengkawan... sape2 yang nak add aku dalam Facebook... ni email address aku : nureen610@yahoo.com

 

p/s: malas nk post gambar dlm nih sebab byk sgt... so, aku letak dlm facebook jerr nnt...  ahaaa... Afza... akak dh cuba mengurangkan tahap hibernasi a.k.a kemalasan akak ni hah... hmmm... ada reward tak nih? hehehe....

 

 

 


Posted at 01:30 pm by sweetie-honey
Comments (6)  

Tuesday, February 24, 2009
IBU MISALI


OLEH NORHASHIMAH HASHIM


PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi." Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.


Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.


"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

 

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.


Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'  Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu. 

 

 * TRUE STORY *
(Dewan Sastera Mei 2000)

 

 


Posted at 04:08 am by sweetie-honey
Comments (3)  

Monday, February 23, 2009
Work… Work… Work…

A lot of things to get done… And a lot of energy I have to put in it… and you don't have any 'sweet and leisure' time to play until end of June… Remember that, reen!

 

Lepas presentation last 2 weeks… aku rasa benar-benar tercabar dengan keupayaan aku sendiri… For me, the presentation was really sucks! I'm not happy at all… I wish I could do better than that…!!! Although all of my friends in the department… Javier, Deya, Pete, Jill, Kevin, Nan, Sarah, Nessie and Mehdi said the presentation was really brilliant and superb… but, deep inside… I just felt that I'm act as a funny clown on the stage floor… OMG… It was terrible…!!!

 

Selasa lepas, meeting dengan Malcolm. Dia puji presentation aku…

 

"Congratulation on your presentation… It was really good… I am happy because you did very well on your presentation…"

 

Argghh…!!! tak sanggup nak terima pujian itu… Teruk rasanya! Malunyaaaaaaa….!!! It was really awkward…

 

Too much excuses before this… Demam laa… pening laaa… sakit laaa… selsema laaa… Quizzes… Assignment… Module… Test… Exam… So, NO more excuses… Jangan manja sangat!

 

So, I decide to work harder than before… I wish I could do better… I wish I could understand better… I wish I could proud with myself…

 

Now, I realised that… Statistics is not a subject anymore… but it is part of my life… it is my journey… that is why I am here… to complete my journey…  I have to hold it tight…

 

Dear reader… Could you please pray for my success? I really need that… Thanks. J

 

p/s: Congrats to Mehdi and Entisar for their successful on viva… Now, they have a plenty of time for philosophy… J

 

 

 


Posted at 05:48 am by sweetie-honey
Comment (1)  

Thursday, February 05, 2009
Lelaki…

(Tulisan ini khas ditujukan untuk lelaki yang telah berumahtangga…)

 

Bukan niat untuk mengeji… jauh sekali untuk memaki… tetapi lebih kepada memuhasabah diri… aku tau… aku pun bukan baik sangat… namun cuba dan berusaha untuk memperbaiki diri…

 

Aku cukup muak dengan lelaki yang selalu menggunakan topeng agama untuk memikat wanita… muak dan meloyakan…!!!

 

Mentang-mentang laaa golongan ini tau bahawa majoriti wanita diluar sana amat tertarik dengan keperibadian lelaki yang unggul… atau lebih tepatnya begitu "tawaduk" dalam konteks agama… yang mana kononnya… lelaki sebagai ketua keluarga wajib untuk membimbing wanita yakni isterinya dan zuriatnya… memberi contoh… menjadi teladan kepada pengikutnya…

 

Namun, atas tiket ini laaa… ramai lelaki diluar sana menggunakan kaedah ini untuk berfoya-foya dan bercengkerama dengan wanita lain dan bukan dengan keluarganya… alangkah kejinya perbuatan itu…!!! alangkah sedih dan kecewanya hati dan perasaan si isteri bila mendapat tahu suaminya berkelakuan begitu… alangkah kecewanya hati si anak bila mengetahui kelakuan si bapanya sebegitu… dan akhirnya membawa kepada dendam yang teramat kepada si bapa kerana melukakan hati ibunya…!!!

 

Fenomena ini sering terjadi dalam masyarakat kita… walaupun perkara ini tidak asing lagi di bumi England… tapi itu bukan penunjuk ukurannya… kita mempunyai agama… Islam sama sekali tidak bersetuju dengan hal ini… tapi sayang… lelaki kita… lelaki Melayu seringkali menggunakan alasan agama untuk bertindak begini… Cetek sungguh pemikiran lelaki begini… bila nak berpoligami… sungguh-sungguh nak menegakkan sunnah Rasulullah… Bila tang solat… tak mau pulak ikut sunnah dan sifat solat Rasulullah… bila tang marah… tak mau pulak ikut marah sunnah Rasulullah…! Ahhh… letih melihat perkembangan lelaki Melayu yang kurang sihat ini…! Sayang… Seribu kali sayang…

 

Maka, atas alasan sayang lah… aku cuba ingin menegur… cuba ingin memberitahu secara berhikmah… Yaaa… lelaki Melayu ada egonya… lelaki Melayu ada pantangnya… Lelaki Melayu pantang dicabar? Pantang dicabar tang mana…? Kalau pantang dicabar untuk meningkatkan ilmu didada… kalau pantang dicabar untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga… aku amat bersetuju sangat-sangat… tapi… kalau pantang dicabar kerana tidak berkahwin dua… atau pantang dicabar dek kerana tidak berselongkoh… Alahaiiii… lemahnyaa harga diri seorang lelaki Melayu… bila mana harga diri sudah jatuh menjunam… mana mungkin boleh memimpin dan menjadi contoh teladan…??? sayunyaa rasa hati…

 

Wanita sering mendambakan seorang lelaki yang ada harga diri… ada nilai kepimpinan… ada nilai agama… tapi sayang… rata-rata lelaki Melayu sekarang ini amat kurang dalam disiplin ini… Aku tahu… wanita sekarang juga jangan terlalu beria-ria meletakkan bermacam kriteria suami idaman… letak laaa berpuluh baris kriterianyaaa… yang datang "macam tu" jugak… tiada pilihan… dek kerana tidak mahu terlajak menjadi andartu… terima jerr laaa… "golongan mereka" ni pulak… dek kerana merasakan mereka ini "golongan minoriti"… kononnya merasakan bahawa mereka ini tergolong dalam senarai "lelaki pilihan Malaya"… makanya… mereka lebih bebas dan berbesar hati untuk memilih dan terus memilih… dan terus memilih… walaupun telah mempunyai lebih dari SATU…!!!

 

Wanita sering menginginkan pemimpin diri dan hatinya arif tentang soal hukum hakam agama… kalau boleh… nak yang Tahfiz… nak yang hafal Quran… tapi ukur dulu baju dibadan sendiri… kita ni hafal Quran ker…??? Haiii… nak calon suami yang bagus-bagus… maka, kita pun kena bagus… kita pun kena belajar… kalau nak calon suami hafal Quran… kita pun kena hafal Quran…!!!

 

Maka, tidak hairan laaa… para Ustaz sering mendapat undian yang teratas untuk dijadikan calon suami… bilamana ditambahkan lagi… pabila seseorang Ustaz itu mempunyai pakej yang lengkap… "full complete package" gitu… ketinggian ilmu agamanya… kebijaksanaannya… ketampanannya… keluhuran hatinya… dan macam-macam lagi laaa kriteria yang best-best… tapi tu aku tak hairan laaa… dah nama pun Ustaz…!!!

 

Tapi yang aku cukup tak puas hati ni ialah… bila yang bukan Ustaz nak jadi Ustaz… bila tang bab-bab munakahat ni begitu betul-betul mengikut agama dan syariah…! Hello…!!! Bab munakahat jerr kerr ikut agama encik lelaki oiii…?? Bab tauhid…? Bab ibadah…?? Bab muamalat…? Bab jinayat…? Bab Tasawwuf pi mana…???

 

Konon boleh berlaku adil…!!! Iyer kerr…??? Boleh percaya kerr…??? Dengan seorang isteri pun belum tentu kamu boleh berlaku adil terhadapnya…!!! Apatah lagi dengan anak-anak yang telah berderet-deret… boleh kerr berlaku adil dengan anak-anakmu… sukar sekali bukan…???

 

Justeru itu… fikir-fikirkan… renung-renungkan… yang dah ada ni pun… boleh kerr anda berlaku adil…??? jika jawapannya agak meragukan… maka, lupakan sahaja niat untuk beristeri lebih dari satu… makin banyak tanggungjawab anda di muka bumi ini… makin banyak persoalannya di "hari pengadilan" kelak…! Fikirkan…!!!

 

Aku bukan menyuruh… malah bukan juga melarang… tetapi cuba menegur… bukanlah saling tegur-menegur… saling ingat-mengingat amalan mulia…???

 

 

In the name of Allah, Most Gracious… Most Merciful…

 

“O mankind! Fear Your Guardian Lord, who created you from a single person, Created, out of it, His mate, and from then twain scattered (like seeds) countless men and women…” (An-Nisa’:1)

 

“And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquillity with them, and He put love and mercy between your (hearts); verily in that are Signs for those who reflect.” (Ar-Ruum:21)

 

 

p/s: peringatan ini jua untuk diriku... Aku bukanlah Siti Khadijah... bukan jua Siti Aisyah... malahan bukan jua Siti Fatimah... aku hanya insan biasa... yang perlu terus belajar dan terus belajar... asal dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk... itu pun sudah cukup baik bagi diriku yang hina ini... Waallahualam... 

 

 

 

 

 


Posted at 11:26 pm by sweetie-honey
Comments (9)  

Tuesday, February 03, 2009
Snow…

Semalam… turunnya snow paling dasyat dalam sejarah Englandthe worst snowfall since February 1991. Dalam sejarah juga… seluruh England ‘membeku’ dek kerana kebekuan salji yang melimpah ruah… Oh dear… a few inches of snow then it all goes wrong for Britain…!

 

Business analysts put a cost of the disruption at £1.2 billion, despite Gordon Brown’s pledge that the government was doing ‘everything in its power’ to get people moving… All busses in the city were cancelled… the airport later shut both runaways, forcing British Airways to cancel many flights. People were stranded after dozens of train and tube services were also scrapped… snow storm… Poor England…!

 

Britain became a winter wonderland for millions of delighted children yesterday after the heaviest snowfall for almost two decades…

 

Dan semalam… aku bagaikan kanak-kanak riang bermain salji yang tebal… berlari-lari di Nuns Moor Park… berjalan sepanjang Wingrove Avenue… bergambar sakan dicelahan pokok dan taman… sedangkan di Scotland… sebanyak 200 buah sekolah ditutup kerana kedatangan salji yang ‘weird’ ini… janggal sesangat pada pandangan penduduk tempatan…

 

Dan hari ini… those weird snows were gone… seakan tiada apa-apa yang berlaku… Newcastle bersih dari salji… matahari terik memancar… cuaca seakan tenang… tiada lagi ribut salji seperti semalam… ganjil sungguh dengan cuaca yang ada sekarang ini… adakah ini tanda-tanda akhir zaman…?

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted at 11:41 pm by sweetie-honey
Comments (3)  

Thursday, January 29, 2009
Lontaran dalaman

Banyak yang ingin aku lakarkan… banyak yang ingin aku ukirkan… tapi ke’kejap’an masa kekadang tidak mengizinkan untuk aku menintakan sebarang kenyataan…

 

Demam hampir dua bulan… sekejap reda… sekejap meragam kembali… mungkin sudah ditakdirkan bahawa aku akan kalut dengan pelbagai wabak musim dingin di bumi Newcastle ini… Dalam rumah ni… semua ambil turn untuk demam… bergilir-gilir… sorang dah baik… sorang baru nak demam… Arrgghhh…!!! Mana nak cari tempat untuk kurantin nih…??? Virusss!

 

This is the longest and worse fever I have ever experienced… ONE complete set…

 

Start with colds, continue with flu… then, got a tonsillitis… a very bad tonsillitis… end up with viral fever… continue with winter bugs… then, got heavily cough… bleeding phlegm… bleeding nose… red and watery eyes… blocking nose… end up with fever again… it was sooo painful  at all joint muscles… all over face… obviously… it was very terrible…

 

What a precious souvenirs from England…!!!

 

Lembik. Lesu. Melepek. Kepala pusing. Migrain. I have to take codeine… No more paracetamol… no more ibuprofen… useless!

 

For about a month… my stomach full with penicillin… amoxicillin… chesty cough syrup… vitamin C… dry cough syrup… beechams… paracetamols… (almost 15 packages… taken every 4 hours) without cheating…

 

Meeting with Malcolm ? None… Not at all… How depressed am I being alone… and lonely here… with these kinda bugs! May Allah always bless me…

 

 

Musim sejuk kali ini memang benar-benar mencabar bagiku… Keluar ke mana-mana… memang menjadi kewajipan membalut tubuh dengan 5 helai baju… 3 helai seluar… 3 pasang stoking… mafla… serasa macam king-kong bila berjalan… itu pun aku kira masih sejuk…!!! Alhamdulillah… Musim sejuk akan berakhir… Cepat laaa berakhir…!

 

Moga aku terus tabah, sihat, ceria dan bersemangat untuk belajar dan menyempurnakan pengajianku di bumi asing ini… Amin…

 

  

 


Posted at 05:46 am by sweetie-honey
Comments (2)  

Wednesday, January 07, 2009
Snippet : Save GAZA people…

Sungguh sedih dan sayu melihatkan orang Islam especially kanak-kanak yang tidak berdosa mati akibat kekejaman Israel… Tragedi di Baghdad berulang kembali… Sedihnyaaa… Sedih melihatkan orang yang tidak bersalah dizalimi begitu…

 

Dimanakah letaknya keadilan?

Dimanakah letaknya harapan?

Kepada siapakah tempat untuk mereka mengadu nasib dan untung?

 

YA ALLAH… selamat penduduk GAZA… berilah balasan yang setimpal bagi mereka yang berhati binatang yang membunuh dan menzalimi orang yang tidak berdosa…

 

Qatalooki ya Baghdad

 

 

 

 


Posted at 07:33 am by sweetie-honey
Comments (2)  

Friday, January 02, 2009
Cintaku tercicir di Blue Mosque, Turkiye – Part I

Tiga hari sebelum lawatan cik Kiah ke Turkiye berlansung… aku mengalami demam dengan teruknya. Bermacam ubat aku telan. Namun tidak menunjukkan tanda-tanda akan baik… Sebutir makanan pun tak dapat ditelan dek kerana tekakku mengalami proses pengecutan yang teramat… Hidung pun blocking…! Hmm… bila dipikir-pikir… selalu sangat aku demam kat sini… maybe sebab weather kat sini yang sungguh unpredictable…! Haiyaaa…

Pagi sebelum pi Turkiye… Aina datang membawa ubat terbaru… 2 jam selepas makan ubat… Alhamdulillah… aku dapat bernafas dengan baik… hidung dah ok…! Tekak pun ok…! Panas badan pun dah reduced… Alhamdulillah…

 

Malamnya… kami seramai 12 orang berkumpul di St. James Boulevard Station… naik bas ke London Luton… dan dari London Luton Airport… kami semua berangkat ke Sabiha Gokcën Airport, Turkiye… perjalanan ke sana mengambil masa selama 3 jam setengah… Alhamdulillah… everything went fine… aku semakin sihat… walaupun agak lesu sepanjang perjalanan… Sesampai di Sabiha Gokcën Airport… kami semua mengambil bas ke Taksim dan dinner di sana… selesai dinner dan melawat kawasan sekitar… kami terus mengambil tram ke Kabatas untuk ke hentian Sultanahmet…

 

Sesampai di hentian Sultanahmet… keluar jer dari tram… tersergam indah Blue Mosque yang menjadi idaman santapan mata… SubhanaAllah… cantiknya Blue Mosque di waktu malam… terpegun sebentar melihat kekawanan burung yang terbang mengelilingi Blue Mosque… Masha Allah… dah berada disini kami semua rupanya… tak sangka…! Selesai bergambar bersama… kami semua terus bergerak ke Big Apple hostel… hostel yang bakal menjadi kediaman kami yang hanya berada 50 meter dari Blue Mosque…

 

Selesai membersihkan diri… kami semua berkumpul dan berdiskusi tentang perjalanan esok… semua bersetuju untuk membentuk kumpulan yang lebih kecil… supaya memudahkan perjalanan kelak…

 

Esoknya… seawal jam 5.30 pagi… kami semua telah bangun dan bersiap untuk solat subuh bersama di Blue Mosque… Alhamdulillah… selesai bersolat subuh di Blue Mosque… kami semua duduk bersama dan bercerita tentang pembinaan Blue Mosque ini… masing-masing telah diberi assignment dari Newcastle lagi… mencari bahan dan artikel tentang Blue Mosque, Topkapi Palace Museum, Hagia Sophia (Aya Sopia), Suleymen Mosque, Dolmabâché, Grand Bazaar dan Ulu-Çamii, Bursa

 

Blue Mosque… antara masjid yang menjadi tumpuan umum apabila memperkatakan tentang Istanbul… tidak sah lawatan anda jika tidak melawat Blue MosqueBlue Mosque telah dibina pada zaman Sultan Ahmed I… Masjid ini dibina antara tahun 1909 hingga 1916. Satu-satunya masjid yang mempunyai 6 menara… Ini adalah antara kesilapan yang berlaku sepanjang penyiapan Blue Mosque ini… Sultan Ahmed I meminta arkitek Diraja, Sedefhar Mehmet Aða dan dibantu oleh Senior Architect, Sinan untuk membina masjid ini… Sultan mengarahkan agar membina masjid ini dengan binaan emas (altin) tetapi telah disalah-anggap (misunderstood) oleh arkitek… iaitu membina enam (alti) menara… kemudian berlaku salah faham iaitu dikatakan menara yang ada di Blue Mosque menyamai menara yang ada di Masjidil-Haram di Kaabah, Mekah… Di atas kejadian ini… makanya, Sultan Ahmed I cuba menyelesaikan masalah ini dengan membina sebuah lagi menara di Masjidil-Haram menjadikan Masjidil-Haram mempunyai 7 buah menara pada masa itu…

 

 

 

 

 

 

Di dalam Blue Mosque… kami bertemu beberapa orang pelajar Malaysia-UK yang turut sama berkunjung ke Turkiye untuk menghabiskan cuti akhir tahun disini… selesai bermusyawarah di dalam Blue Mosque… kami bergambar dan berposing bersama… kemudian balik ke hostel untuk breakfast disana… to be continue

 

 


Posted at 06:09 pm by sweetie-honey
Make a comment  

Saturday, December 20, 2008
Turkiye...

 

Off to Turkiye tonight... Will touch UK land on 26th. Shoot to London. Will tbe back to 'home sweet home' Newcastle on 29th. To all...

      "Merry Christmas and Happy New Year"

                              and

                  "Salam Maal Hijrah" 

 

regards,

Reen.


Posted at 02:40 pm by sweetie-honey
Comments (7)  

Next Page

   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Time flies...


Prayer Time...



Newcastle's Weather...






~:: Something About Me... ::~

Hanya insan biasa... Tiada apa-apa... Masih mencari dan tercari... matlamat dan tujuan hidup yang hakiki... kini masih meneruskan pengajian di bumi Newcastle upon Tyne... untuk meningkatkan pengetahuan diri... kelak ingin berkongsi ilmu dan mendidik anak bangsa sendiri... dan sentiasa berdoa agar bertemu dengan teman sejati... agar dapat menemani hati dan diri hingga ke penghujung abadi...




~:: My Responsibility ::~

My University
My Department
My Library
My UPSI

~:: Warga UPSI ::~

Afza FST Sheffield
Aida FST Brunel
Huda FST Kent
Kadri FST Jepun
Kak Azah FST Manchester
Kak Husna FB Glasgow
Kak Ina FTMK Glasgow
Kak Mashi FTMK NZ
Kak Mazeq FST Ausie
Lina FTMK Loughborough
Norzu FTMK
Rusdi FTMK Sheffield
Yati FST

~:: My Favourite Bloggers ::~

Dr Mohamad Khir Toyo
Harakah Daily
MyKMU NET
Saiful Islam
Tun Mahathir Mohamad
UMNO-Reform
Ustaz Erfino (London)

~:: My Friends/Bloggers ::~

Abahnajwa Liverpool
Ain Jafar
Ayu UiTM
Chinta
Farid Mesir
Hamka
Ida Newcastle
Iman Ain
Indah Manchester
Irwan
Ita Newcastle
Kaktiny
Kak Iris Istanbul
Kak Sall UiTM
Marjerin
Nora Newcastle
Sue UiTM
Suemuim
Suraya Sultan UiTM
Suzi Isyam
Syaikhul
TokMa
Yati UiTM


~:: My Favourite Authors ::~

Damya Hanna
Aisya Sofea
Anis Ayuni
Meen Zulaikha
Norzailina
Aleeya Anessa
Ayu Emelda
Bikash
Zara Juita
Sri Diah
Alaf21 Fan Club

~:: My Favourite Newspaper ::~

Utusan Malaysia
Berita Harian
The Star
New Straits Times
News of the World
METRO UK

~:: My Travel n Transport ::~

Fly with Emirates
Fly with Malaysian Airlines
National Express UK
My rider to University
My Cruise to Europe
Easy Jet
Air Asia
Ryan Air
Rex Air
Mega Bus UK

~:: My Online Shopping ::~

Argos
ASDA
LiDL
TESCO
Dalton Park FO
Royal Quays FO
Livingston Edinburgh FO
Yorkshire FO
eBay UK
Royal Doulton
Primark
John Lewis
TopShop
Mark and Spencer
Sports World
Dorothy Perkins
Next
Fenwick
T.K.Maxx

~:: My Kitchen Corner ::~

BBC Good Food
James Oliver
Nigella Lawson
All Recipes
Kuali
Mesra Resepi
Hanieliza
MamaFami
Joy of Baking

~:: My YM Status ::~


Yahoo Id : nureen610



tanda ingatan dari kaktiny

counter statistics

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed