Entry: Cintaku tercicir di Blue Mosque, Turkiye – Part I Friday, January 02, 2009



Tiga hari sebelum lawatan cik Kiah ke Turkiye berlansung… aku mengalami demam dengan teruknya. Bermacam ubat aku telan. Namun tidak menunjukkan tanda-tanda akan baik… Sebutir makanan pun tak dapat ditelan dek kerana tekakku mengalami proses pengecutan yang teramat… Hidung pun blocking…! Hmm… bila dipikir-pikir… selalu sangat aku demam kat sini… maybe sebab weather kat sini yang sungguh unpredictable…! Haiyaaa…

Pagi sebelum pi Turkiye… Aina datang membawa ubat terbaru… 2 jam selepas makan ubat… Alhamdulillah… aku dapat bernafas dengan baik… hidung dah ok…! Tekak pun ok…! Panas badan pun dah reduced… Alhamdulillah…

 

Malamnya… kami seramai 12 orang berkumpul di St. James Boulevard Station… naik bas ke London Luton… dan dari London Luton Airport… kami semua berangkat ke Sabiha Gokcën Airport, Turkiye… perjalanan ke sana mengambil masa selama 3 jam setengah… Alhamdulillah… everything went fine… aku semakin sihat… walaupun agak lesu sepanjang perjalanan… Sesampai di Sabiha Gokcën Airport… kami semua mengambil bas ke Taksim dan dinner di sana… selesai dinner dan melawat kawasan sekitar… kami terus mengambil tram ke Kabatas untuk ke hentian Sultanahmet…

 

Sesampai di hentian Sultanahmet… keluar jer dari tram… tersergam indah Blue Mosque yang menjadi idaman santapan mata… SubhanaAllah… cantiknya Blue Mosque di waktu malam… terpegun sebentar melihat kekawanan burung yang terbang mengelilingi Blue Mosque… Masha Allah… dah berada disini kami semua rupanya… tak sangka…! Selesai bergambar bersama… kami semua terus bergerak ke Big Apple hostel… hostel yang bakal menjadi kediaman kami yang hanya berada 50 meter dari Blue Mosque…

 

Selesai membersihkan diri… kami semua berkumpul dan berdiskusi tentang perjalanan esok… semua bersetuju untuk membentuk kumpulan yang lebih kecil… supaya memudahkan perjalanan kelak…

 

Esoknya… seawal jam 5.30 pagi… kami semua telah bangun dan bersiap untuk solat subuh bersama di Blue Mosque… Alhamdulillah… selesai bersolat subuh di Blue Mosque… kami semua duduk bersama dan bercerita tentang pembinaan Blue Mosque ini… masing-masing telah diberi assignment dari Newcastle lagi… mencari bahan dan artikel tentang Blue Mosque, Topkapi Palace Museum, Hagia Sophia (Aya Sopia), Suleymen Mosque, Dolmabâché, Grand Bazaar dan Ulu-Çamii, Bursa

 

Blue Mosque… antara masjid yang menjadi tumpuan umum apabila memperkatakan tentang Istanbul… tidak sah lawatan anda jika tidak melawat Blue MosqueBlue Mosque telah dibina pada zaman Sultan Ahmed I… Masjid ini dibina antara tahun 1909 hingga 1916. Satu-satunya masjid yang mempunyai 6 menara… Ini adalah antara kesilapan yang berlaku sepanjang penyiapan Blue Mosque ini… Sultan Ahmed I meminta arkitek Diraja, Sedefhar Mehmet Aða dan dibantu oleh Senior Architect, Sinan untuk membina masjid ini… Sultan mengarahkan agar membina masjid ini dengan binaan emas (altin) tetapi telah disalah-anggap (misunderstood) oleh arkitek… iaitu membina enam (alti) menara… kemudian berlaku salah faham iaitu dikatakan menara yang ada di Blue Mosque menyamai menara yang ada di Masjidil-Haram di Kaabah, Mekah… Di atas kejadian ini… makanya, Sultan Ahmed I cuba menyelesaikan masalah ini dengan membina sebuah lagi menara di Masjidil-Haram menjadikan Masjidil-Haram mempunyai 7 buah menara pada masa itu…

 

 

 

 

 

 

Di dalam Blue Mosque… kami bertemu beberapa orang pelajar Malaysia-UK yang turut sama berkunjung ke Turkiye untuk menghabiskan cuti akhir tahun disini… selesai bermusyawarah di dalam Blue Mosque… kami bergambar dan berposing bersama… kemudian balik ke hostel untuk breakfast disana… to be continue

 

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments