Entry: Lelaki… Thursday, February 05, 2009



(Tulisan ini khas ditujukan untuk lelaki yang telah berumahtangga…)

 

Bukan niat untuk mengeji… jauh sekali untuk memaki… tetapi lebih kepada memuhasabah diri… aku tau… aku pun bukan baik sangat… namun cuba dan berusaha untuk memperbaiki diri…

 

Aku cukup muak dengan lelaki yang selalu menggunakan topeng agama untuk memikat wanita… muak dan meloyakan…!!!

 

Mentang-mentang laaa golongan ini tau bahawa majoriti wanita diluar sana amat tertarik dengan keperibadian lelaki yang unggul… atau lebih tepatnya begitu "tawaduk" dalam konteks agama… yang mana kononnya… lelaki sebagai ketua keluarga wajib untuk membimbing wanita yakni isterinya dan zuriatnya… memberi contoh… menjadi teladan kepada pengikutnya…

 

Namun, atas tiket ini laaa… ramai lelaki diluar sana menggunakan kaedah ini untuk berfoya-foya dan bercengkerama dengan wanita lain dan bukan dengan keluarganya… alangkah kejinya perbuatan itu…!!! alangkah sedih dan kecewanya hati dan perasaan si isteri bila mendapat tahu suaminya berkelakuan begitu… alangkah kecewanya hati si anak bila mengetahui kelakuan si bapanya sebegitu… dan akhirnya membawa kepada dendam yang teramat kepada si bapa kerana melukakan hati ibunya…!!!

 

Fenomena ini sering terjadi dalam masyarakat kita… walaupun perkara ini tidak asing lagi di bumi England… tapi itu bukan penunjuk ukurannya… kita mempunyai agama… Islam sama sekali tidak bersetuju dengan hal ini… tapi sayang… lelaki kita… lelaki Melayu seringkali menggunakan alasan agama untuk bertindak begini… Cetek sungguh pemikiran lelaki begini… bila nak berpoligami… sungguh-sungguh nak menegakkan sunnah Rasulullah… Bila tang solat… tak mau pulak ikut sunnah dan sifat solat Rasulullah… bila tang marah… tak mau pulak ikut marah sunnah Rasulullah…! Ahhh… letih melihat perkembangan lelaki Melayu yang kurang sihat ini…! Sayang… Seribu kali sayang…

 

Maka, atas alasan sayang lah… aku cuba ingin menegur… cuba ingin memberitahu secara berhikmah… Yaaa… lelaki Melayu ada egonya… lelaki Melayu ada pantangnya… Lelaki Melayu pantang dicabar? Pantang dicabar tang mana…? Kalau pantang dicabar untuk meningkatkan ilmu didada… kalau pantang dicabar untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga… aku amat bersetuju sangat-sangat… tapi… kalau pantang dicabar kerana tidak berkahwin dua… atau pantang dicabar dek kerana tidak berselongkoh… Alahaiiii… lemahnyaa harga diri seorang lelaki Melayu… bila mana harga diri sudah jatuh menjunam… mana mungkin boleh memimpin dan menjadi contoh teladan…??? sayunyaa rasa hati…

 

Wanita sering mendambakan seorang lelaki yang ada harga diri… ada nilai kepimpinan… ada nilai agama… tapi sayang… rata-rata lelaki Melayu sekarang ini amat kurang dalam disiplin ini… Aku tahu… wanita sekarang juga jangan terlalu beria-ria meletakkan bermacam kriteria suami idaman… letak laaa berpuluh baris kriterianyaaa… yang datang "macam tu" jugak… tiada pilihan… dek kerana tidak mahu terlajak menjadi andartu… terima jerr laaa… "golongan mereka" ni pulak… dek kerana merasakan mereka ini "golongan minoriti"… kononnya merasakan bahawa mereka ini tergolong dalam senarai "lelaki pilihan Malaya"… makanya… mereka lebih bebas dan berbesar hati untuk memilih dan terus memilih… dan terus memilih… walaupun telah mempunyai lebih dari SATU…!!!

 

Wanita sering menginginkan pemimpin diri dan hatinya arif tentang soal hukum hakam agama… kalau boleh… nak yang Tahfiz… nak yang hafal Quran… tapi ukur dulu baju dibadan sendiri… kita ni hafal Quran ker…??? Haiii… nak calon suami yang bagus-bagus… maka, kita pun kena bagus… kita pun kena belajar… kalau nak calon suami hafal Quran… kita pun kena hafal Quran…!!!

 

Maka, tidak hairan laaa… para Ustaz sering mendapat undian yang teratas untuk dijadikan calon suami… bilamana ditambahkan lagi… pabila seseorang Ustaz itu mempunyai pakej yang lengkap… "full complete package" gitu… ketinggian ilmu agamanya… kebijaksanaannya… ketampanannya… keluhuran hatinya… dan macam-macam lagi laaa kriteria yang best-best… tapi tu aku tak hairan laaa… dah nama pun Ustaz…!!!

 

Tapi yang aku cukup tak puas hati ni ialah… bila yang bukan Ustaz nak jadi Ustaz… bila tang bab-bab munakahat ni begitu betul-betul mengikut agama dan syariah…! Hello…!!! Bab munakahat jerr kerr ikut agama encik lelaki oiii…?? Bab tauhid…? Bab ibadah…?? Bab muamalat…? Bab jinayat…? Bab Tasawwuf pi mana…???

 

Konon boleh berlaku adil…!!! Iyer kerr…??? Boleh percaya kerr…??? Dengan seorang isteri pun belum tentu kamu boleh berlaku adil terhadapnya…!!! Apatah lagi dengan anak-anak yang telah berderet-deret… boleh kerr berlaku adil dengan anak-anakmu… sukar sekali bukan…???

 

Justeru itu… fikir-fikirkan… renung-renungkan… yang dah ada ni pun… boleh kerr anda berlaku adil…??? jika jawapannya agak meragukan… maka, lupakan sahaja niat untuk beristeri lebih dari satu… makin banyak tanggungjawab anda di muka bumi ini… makin banyak persoalannya di "hari pengadilan" kelak…! Fikirkan…!!!

 

Aku bukan menyuruh… malah bukan juga melarang… tetapi cuba menegur… bukanlah saling tegur-menegur… saling ingat-mengingat amalan mulia…???

 

 

In the name of Allah, Most Gracious… Most Merciful…

 

“O mankind! Fear Your Guardian Lord, who created you from a single person, Created, out of it, His mate, and from then twain scattered (like seeds) countless men and women…” (An-Nisa’:1)

 

“And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquillity with them, and He put love and mercy between your (hearts); verily in that are Signs for those who reflect.” (Ar-Ruum:21)

 

 

p/s: peringatan ini jua untuk diriku... Aku bukanlah Siti Khadijah... bukan jua Siti Aisyah... malahan bukan jua Siti Fatimah... aku hanya insan biasa... yang perlu terus belajar dan terus belajar... asal dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk... itu pun sudah cukup baik bagi diriku yang hina ini... Waallahualam... 

 

 

 

 

 

   9 comments

malaysia web design
July 2, 2009   10:14 AM PDT
 
SERONOK LA CERITA INI
web design
June 25, 2009   03:38 PM PDT
 
sampai meloyakan
malaysia seo
June 23, 2009   12:06 PM PDT
 
macam best je lepak gan anjing
fire extinguisher manufacturer
June 1, 2009   09:05 AM PDT
 
ia benad memang betul pun
web design
April 17, 2009   03:59 PM PDT
 
wasalam sabar itu separuh pada iman
reen
February 16, 2009   07:08 PM PST
 
Alaikumussalam...

Jgn laa akhta risau... semuanya baik belaka... cuma sedikit risau dengan perkembangan yang kurang sihat ini. Moga 9 akal yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT mampu digunapakai semaksimum mungkin oleh para lelaki...

Doa saya agar lelaki melayu semakin baik dari segi agama, akhlak, sosial dan ekonominya agar dapat menjana insan yang lebih cemerlang dimasa akan datang...
ibnurashidi
February 16, 2009   11:05 AM PST
 
assalamualaikum....

wahh..berapi-api dah ni..sabaq-sabaq..bawa bertenang ya...
reen
February 10, 2009   10:16 PM PST
 
Hi Dilla... rindu laa kat awak... mana pi ni? balik Mesia ek? hihi...

Sumer org tanya mcm tu... kite ok jerr... tak apa2 pun... tp ni jadi pd kwn kite kt sini... dia dh final year phd... sikit lg nk abis... pastu nk quit sbb benda ni laa...

dia cerita...sedih gak laa... mmg sedih pun... hmm... tu yg akhirnya terkeluar cerita ttg hal ni dlm blog kite... hmmm... harap dia sabar... bertenang...

Rindu laaa kat mung..! :-)
dilla
February 10, 2009   11:49 AM PST
 
reen.. ok ke reen? ape hal nie.. tp ape yang reen tulis tu mmg betul.. hehehehe :)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments